SINAR HARIAN
KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) mampu menawan semula Kelantan jika
menurunkan calon yang berkualiti dan mendapat sokongan padu daripada
semua peringkat kepimpinan parti di negeri itu.
Setiausaha Kelab Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub dan Ketua
Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mewakili dua generasi
berbeza dalam parti itu bersependapat bahawa calon berkualiti dan tiada
sabotaj merupakan dua kunci
utama bagi memastikan BN dapat merampas Kelantan daripada cengkaman parti Pas.
Mustapha berkata, rakyat Kelantan kini sudah bersedia menukar kerajaan
akibat kegagalan Pas mengurus negeri itu dengan baik dan BN perlu
mengambil peluang sepenuhnya terhadap situasi itu dengan memastikan dua
kunci utama itu menjadi
kenyataan.
"Calon berkualiti mestilah berakhlak mulia, bersih daripada rekod buruk
seperti tidak bermoral dan rasuah. Mereka mestilah mesra rakyat, tidak
sombong, senang didekati dan sanggup turun padang dalam semua keadaan.
"Calon dipilih bertanding mestilah mendapat sokongan padu daripada
semua kepimpinan bahagian dan cawangan. Mereka yang tidak terpilih mesti
mengetepikan perasaan kecewa kerana kemenangan parti adalah utama,"
katanya kepada Bernama.
Khairy berkata selain itu Badan Perhubungan Umno Kelantan perlu
menyediakan insentif khas kepada golongan muda dalam manifesto mereka.
"Insentif ini boleh dibuat dari segi pembangunan belia, kemudahan untuk
belia atau pemberian peruntukan secara langsung kepada belia," katanya.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan