Ahli
Parlimen (MP) mendakwa penerimaan dana atau sebarang kaitan dengan
penyumbang dana daripada Open Society yang dimiliki George Soros
adalah satu bentuk penderhakaan kepada Malaysia walaupun Perdana
Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak sendiri pernah bertemu spekulator
itu.
”Penerimaan dana daripada Soros ini akan timbulkan persepsi kepada
masyarakat serta merupakan satu bentuk ancaman kepada demokrasi
berparlimen dan raja.
“Ini adalah satu penderhakaan!” kata MP Jasin, Datuk Wira Hj Ahmad Bin Hamzah semasa sidang Dewan Rakyat hari ini.
Perbahasan
melibatkan badan bukan kerajaan (NGO), SUARAM dibangkitkan oleh MP
Pasir Emas Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) gagal menjalankan tanggungjawab dalam memantau NGO
tersebut.
Susulan
pendedahan tersebut, ia telah menimbulkan satu polemik baru melibatkan
NGO di Malaysia walaupun Najib dalam laporan media awal bulan lalu
turut mengakui bertemu spekulator mata wang asing, Soros tetapi tetapi
atas dasar memenuhi permintaan yang dibuat oleh spekulator mata wang
tersebut.
Najib juga
berkata pertemuan tersebut tidak menjadi suatu kesalahan malahan
berkata mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad turut pernah melakukan
perkara sama bertemu Soros.
“Ya, saya ada berjumpa dengan Soros. Ia hanya sekadar memenuhi permintaan beliau dan adalah satu kunjungan hormat yang biasa.
“Lagipun dia (Soros) yang meminta untuk berjumpa dengan saya,” kata Najib.
“Lagipun dia (Soros) yang meminta untuk berjumpa dengan saya,” kata Najib.
Selain
itu, MP Umno tersebut juga menuduh Open Society sebagai pihak yang
bertanggungjawab dalam menjatuhkan negara-negara di Timur Tengah yang
dikenali sebagai “Kebangkitan Arab” (Arab Spring).
“Seperti yang dilakukan oleh mereka di negara Arab, Open Society ini juga mampu lakukannya di Malaysia.
“Ia akan
timbulkan kebencian di kalangan rakyat kepada pemerintah dan
kemudiaannya berlakulah penggulingan kerajaan,” tambah beliau.
Suaram
menjadi sasaran serangan kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas
memfailkan kes ke atas firma gergasi pembuat kapal perang Perancis,
DCNS dengan mendakwa firma pertahanan itu membayar RM540 juta sebagai
komisyen kepada syarikat Perimekar dalam perjanjian yang dimeterai
pada 2002 itu.
Tindakan membayar komisen tersebut dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.
Ekoran
serangan tanpa henti ini, Suaram, dalam kenyataan pada 5 September,
menggesa kerajaan menerusi agensi-agensinya menghentikan tindakan
diskriminasi dan keterlaluan ini, serta berkata ia merupakan satu lagi
langkah terdesak kerajaan untuk memaksa Suaram menghentikan kes
mahkamah di Perancis melibatkan kapal selam Scorpene.
Suaram
sebelum ini mengakui menerima dana dari beberapa negara luar termasuk
Amerika Syarikat (AS) dan Finland, namun penasihat Suaram, Dr Kua Kia
Soong mempertahankan pendiriannya melibatkan pembiayaan dana daripada
negara asing serta berkata ia bukan suatu kesalahan disisi
undang-undang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.