HALAMAN SANTAI

Jumaat, 2 November 2012

Isu Chia tidak merugikan BN, bukan seperti NFC, kata Nazri



KUALA LUMPUR — Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menafikan tuduhan anaknya dengan peniaga balak, Michael Chia akan merugikan Barisan Nasional (BN) seperti skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).

"Saya tidak kisah pun, kes NFC melibatkan suami dan isteri, tetapi kes ini, Nedim tidak perlu beritahu saya. Ini berbeza dengan kes suami isteri," kata beliau apabila ditemui di Parlimen.

Nazri mempertahankan dirinya atas dakwaan pemimpin PKR, Rafizi Ramli yang menuduh beliau mempunyai kepentingan mempertahankan Chia, peniaga balak yang dituduh cuba menyeludup wang sebanyak RM40 juta untuk ketua menteri Sabah, Datuk Musa Aman.

Rafizi mendakwa, Nazri terus mempertahankan Chia kerana anaknya Nedim yang menggunakan kereta mewah Hummer milik Chia.

"Kenapa pula itu satu masalah? Itu antara dia (Nedim) dengan Michael (Chia). Tanyalah Chia jika itu satu masalah," katanya lagi.

Nazri kemudian berkata beliau tidak membawa Hummer, sebaliknya dengan keretanya sendiri dengan nombor plat WVJ 6.

"Wealth, victory, justice (kekayaan, kemenangan, keadilan)," katanya sambil menerangkan maksud nombor platnya.

"Sebab itu saya mampu beli segalanya, tapi sudah semestinya wang NFC," katanya sambil mengkritik skandal fidlot nasional itu.

Nazri menegaskan tuduhan kali ini tidak akan menjejaskan peluang Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang.

"Kenapa jejaskan BN? Kenapa BN?" katanya bila wartawan bertanya soalan demikian.

Nazri baru-baru ini memberitahu Parlimen bahawa ketua menteri Sabah Datuk Musa Aman telah dibersihkan namanya dari tuduhan rasuah selepas badan pencegah rasuah di Malaysia dan Hong Kong mendapati bahawa "dana politik" berjumlah RM40 juta itu diseludup ke Malaysia pada tahun 2008 bukan untuk kegunaan peribadi Musa tetapi untuk Umno Sabah.

Tiada ulasan: