MALAYSIA KINI
Peguam
yang mewakili National Feedlot Corporation (NFC) bertegas bahawa
pengarah strategi PKR Rafizi Ramli perlu didakwa untuk mengelakkan
berlakunya "huru-hara" ke atas sistem perbankan.Peguam berkenaan memberi amaran, lapisan struktur perbankan itu "akan runtuh" sekiranya Rafizi dibiarkan terlepas walau melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (1989 (Bafia).
Peguam berkenaan memberi alasan, Rafizi akan dilindungi mengikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, dan pada masa sama integriti Bafia sendiri akan dilindungi sekiranya pemimpin muda itu merujuk pihak berkuasa terlebih dahulu.
Peguam itu juga berkata, Rafizi memperolehi dokumen bank milik NFC dan pengarah syarikat itu secara haram dan tanpa kebenaran mereka.
“Wartawan yang memenuhi bilik itu, yang diberikan dokumen berkenaan boleh mengesahkan bahwa tiada apa yang luar biasa mengenai dokumen berkenaan untuk layak dianggap memberi maklumat.
"Oleh itu, pendakwaan mengikut Bafia perlu ditegaskan. Peguam negara dan Bank Negara Malaysia tidak harus dibuai oleh retorik politik tetapi menyiasat pelanggaran Bafia sebenar yang dilakukan Rafizi."
Kenyataan peguam berkenaan hari ini bagi mengulas laporan Malaysiakini yang memetik kenyataan presiden Badan Peguam Lim Chee Wee bahawa pendedahan Rafizi berhubung skandal NFC itu dibuat atas "kepentingan umum".
Rafizi dan bekas kerani Public Bank sebelum ini didakwa atas tuduhan melanggar Bafia dengan mendedahkan butiran perbankan NFC dan pengarahnya kepada media.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.