KL TODAY
Kos
penyelenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri (PM) dan Timbalan
Perdana Menteri (TPM) bagi tempoh empat tahun sebanyak
RM12,094,707.06.
Kediaman rasmi Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri
Muhyiddin Yassin, masing-masing di Sri Perdana dan Seri Satria dimiliki
Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan disewa kerajaan
Malaysia.
Penyelenggaraan bagi Seri Perdana bagi tahun 2008 hingga 2011
sebanyak RM6,977,401.80 manakala Sri Satria pula sebanyak
RM5,117,305.26.
Jumlah
ini dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed
Nazri Aziz dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh
Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria di Parlimen semalam.
Mohd Nasir
dalam soalannya meminta kerajaan menyatakan kos penyelenggaraan
kediaman rasmi PM dan TPM bagi tahun 2008 hingga 2011.
Nazri
memberitahu, kos penyelenggaran bagi Sri Perdana bagi tahun 2008
sebanyak RM1,896,616.80, 2009 (RM1,686,616.80), 2010 (RM1,520,514.00)
dan 2011 (RM1,873,654.20).
Sementara
itu, kos penyelenggaraan bagi Sri Satria pula pada 2008 ialah
RM1,129,992.00), 2009 (RM1,130,007.26), 2010 (RM1,401,502.00) dan 2011
(RM1,455,804.00).
Dalam jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada Jun 2011, sejumlah RM48.8 juta dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air untuk kedua-dua kediaman tersebut.
Dalam jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada Jun 2011, sejumlah RM48.8 juta dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air untuk kedua-dua kediaman tersebut.
Kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu didedahkan berjumlah RM33 juta sementara kos baik pulih pula RM3.6 juta setahun.
Lebih
memeranjatkan, bil elektrik bagi kediaman Perdana Menteri dan
Timbalannya sahaja berjumlah RM10 juta dan bil air pula mencecah RM1.9
juta untuk tempoh yang sama.
Pada
Disember 2008, iaitu pada masa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi,
kerajaan menjelaskan, sewa bagi kediaman PM hanya pada sekitar RM4.15
juta. Manakala RM2.74 juta lagi dibayar bagi sewa kediaman TPM.
1 November
2011, Parlimen diberitahu jumlah perbelanjaan lawatan rasmi PM dan
isteri serta TPM dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari
tahun 2008 hingga 2011.
Najib dan
isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor membelanjakan RM 1,739,332.85
(2008), RM4,811,837.48 (2009) RM5,140,307.99 (2010) dan RM 5,427,172.26
sehingga Jun 2011.
Turut
dilaporkan media alternatif sebelum ini ialah kos penginapan Najib dan
Rosmah di hotel mewah Atlantis di Dubai lebih RM100,000 hanya untuk
semalaman.
Manakala, kos keseluruhan lawatan rasmi TPM dan isteri bagi tempoh sama berjumlah RM8,020,328.07.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.