THE MALAYSIAN INSIDER
Beliau menerima hadiah wang tunai RM50,000, trofi, sijil serta tafsir al-Quran yang disampaikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
“Kejayaan itu perlu dikongsi terutamanya penduduk Islam di Sarawak. Ia juga menunjukkan umat Islam di Sarawak mampu memberi sumbangan besar,” katanya semasa ditemui pemberita selepas majlis sambutan Maulidur Rasul di sini.
Sementara itu, lapan orang menerima anugerah Maulidur Rasul, antaranya Yang Dipertua Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi) Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Abdul Karim yang menyifatkan anugerah itu satu penghargaan serta penghormatan buat seluruh kaum wanita.
“Banyak manfaat yang boleh diperoleh daripada kerja sukarela, kerja kesukarelaan juga amat penting dalam proses pembangunan masyarakat dan ummah, jangan mudah lupa diri, teruskan pencarian ilmu dan berkongsi dengan orang lain,” katanya.
Pelajar kurang upaya dari Sekolah Menengah Bandar Mas Kota Tinggi Johor, Khairunnisa Khairuddin berkata anugerah diterimanya membuktikan golongan orang kurang upaya juga boleh berjaya dengan syarat perlu membuang perasaan malu.
“Kita perlu yakin dengan kemampuan diri sendiri, tidak perlu malu dengan kekurangan diri, terus berusaha, pasti boleh berjaya,” katanya yang memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2012.
Penerima lain termasuk penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor Datuk Noh Gadut, Timbalan Pengerusi Yayasan Ihtimam Malaysia Tan Sri Mohd Zaman Khan Rahim Khan dan Penasihat Syariah Pusat Fiqh Muamalat, Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia Mohd Bakir Mansor.
Turut menerima anugerah sama ialah Pengurus Besar Pembangunan Kandungan dan Penyelidikan Program Al Hijrah Media Corporation Che Wan Alias Che Wan Abdullah, Ketua Program Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dan Anggota Majlis Kebangsaan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Muhammad Fitri Abdullah.
Penerima anugerah Maulidur Rasul membawa pulang wang tunai RM20,000, trofi, sijil serta tafsir al-Quran. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan