KEADILAN DAILY
JOHOR: Satu perbuatan khianat dilapor berlaku apabila bendera KEADILAN dan Pas dicalitkan dengan lambang salib, malam tadi.Menurut blog penulis politik, Mohd Sayuti Omar, kejadian tersebut berlaku di Batu Pahat, Johor.
“Selain bendera itu dicop dengan lambang salib, ia juga ditulis dengan perkataan-perkataan buruk menghina kedua-dua parti itu. Ini menggambarkan si pelakunya seorang yang belum tamadun ataupun “gedebe tahi kucing.”" tulisnya.
Tidak dipastikan apakah perletakan lambang salib pada bendera itu dibuat setelah bendera itu dipasang, atau ia disiapkan lebih awal.
Menurutnya, beberapa helai bendera yang dicop lambang salib itu telah diturunkan dan satu laporan polis berhubung kejadian itu dibuat pagi ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.