THE MALAYSIAN INSIDER
KUALA LUMPUR — Rakyat Malaysia harus mengamalkan
kesederhanaan seperti yang dianjurkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam
menghadapi ugutan kumpulan berhaluan kanan Melayu yang mahu membakar
kitab Injil penganut Kristian, menurut badan yang menwakili gereja
evangelikal seluruh negara.
Pengerusi Pengikut Kristian Evangelikal Kebangsaan
(NECF), Reverend Dr Eu Hong Seng mengatakan “cadangan tidak patut” dari
pemimpin Perkasa, Datuk Ibrahim Ali untuk membakar kitab Injil yang
mengandungi perkataan “Allah”, tetapi mengingatkan kepada seluruh rakyat
Malaysia untuk tidak melampau dalam memberi respon kepada ugutan
tersebut.
Rakyat
Malaysia harus bersederhana dalam menghadapi ugutan kumpulan berhaluan
kanan Melayu yang mahu membakar kitab Injil penganut Kristian. — Gambar
fail
“Cadangan tidak patut untuk membakar Injil dalam Bahasa Malaysia yang
mengandungi perkataan ‘Allah’ ini adalah peringatan serius untuk
seluruh rakyat Malaysia untuk tidak melampau dalam respon kita, lain
kali jika terdengar orang kurang waras di Barat membakar kitab suci
orang lain, kita juga mempunyai golongan kurang waras seperti mereka.”
NECF adalah sebahagian dari Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) yang memayungi 90 peratus dari 2.7 juta penganut Kristian di Malaysia.
Eu mengingatkan pelampau agama tidak hanya berada di barat tetapi terdapat juga di negara ini, walaupun gereja bimbang dengan ugutan tersebut, tetapi tidak sekali-kali gentar dengan ugutan tersebut.
“Kami adalah rakyat yang cintakan keamanan, dan terus berdoa untuk kemakmuran negara ini,” katanya dalam kenyataan tiga perenggan.
“Perdana menteri mengilhamkan pergerakan global ke arah kesederhanaan dan kita perlu menyokongnya, inilah masanya kita perlu amalkan dalam negara kita sendiri selepas kita melaungkan kepada dunia,” katanya lagi.
Najib mencadangkan satu pergerakan global untuk kesederhanaan bagi menentang kebangkitan pelampau agama di seluruh dunia pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) tiga tahun lalu, yang disokong oleh beberapa negara termasuk Britain, tetapi idea itu dilihat perlahan bergerak di negara sendiri.
Perselisihan di antara majoriti Melayu-Islam yang membentuk 60 peratus dari 28 juta rakyat Malaysia dan minoriti Kristian berlaku pada awal 2010 apabila Mahkamah Tinggi membenarkan Gereja Katolik mempunyai hak untuk memanggil tuhan mereka sebagai “Allah”, menyebabkan serangan ke atas rumah ibadat termasuk gereja, masjid dan gurdwara.
Perselisihan masih lagi hangat dalam percanggahan pendapat mengenai perkataan Arab itu untuk Tuhan, yang umat Islam mengatakan ia ekslusif untuk umat Islam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.