Dalam laporan semalam, saksi berkata melihat anggota polis menggari C. Sugumaran, 39, sebelum membelasahnya dengan teruk bersama-sama 20 orang samseng berhampiran kawasan perumahan di Batu 12, Hulu Langat Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang Abdul Rashid Wahab dalam satu sidang media semalam berkata tiada siasatan akan diambil terhadap kematian Sugumaran kerana keputusan bedah siasat mendapati mangsa mati akibat serangan jantung.
Namun, Hishammuddin hari ini berkata Abdul Rashid tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan.
“Bukan beliau yang akan buat keputusan. Ia adalah kuasa pihak atasan,” kata Hishammuddin dalam sidang media hari ini.
“Kita akan lihat pendedahan daripada siasatan nanti,” tambah beliau.
Walaubagaimanapun, Hishammuddin apabila ditanya sama ada IPCMC akan ditubuhkan ekoran beberapa kematian dalam tahanan dan dibawah jagaan polis berkata: “Perkara itu sudah dalam skrip.
Kamu telah disuruh untuk bertanyakan soalan tersebut.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.