| SABAH KINI |
ROSAK...CHONG menunjukkan jalan yang berlubang-lubang kerana tidak pernah diselenggarakan sejak setahun lalu.
Oleh : SAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE A JUMADI
KEROSAKAN jalan yang terletak di kawasan Rumah Warga Tua Seri Harapan, KM8.6, Jalan Sibuga selama hampir setahun dibiarkan begitu sahaja kerana tiada pihak yang mahu mengambil tahu sehingga telah menimbulkan pelbagai masalah kepada pengguna setempat.
Naib Pengerusi MCA
Bahagian Batu Sapi, Chong Thai Moi yang membuat lawatan bersama jurufoto
Sabahkini.Net ke lokasi berkenaan telah menunjukkan terdapat lebih 10
lubang besar di permukaan jalan tersebut yang boleh menternak ikan
Haruan.
Kata
Chong, jalan ini sering dilanda banjir bila hujan berterusan seharian
dan ini telah menyulitkan penduduk setempat yang menggunakan jalan tersebut sebagai laluan utama mereka.
"Memandangkan
kedudukan kawasan tersebut di bawah naungan Parlimen Batu Sapi dan DUN
Sekong, maka saya merayu kepada kedua-dua wakil rakyat ini agar dapat menghubungi pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) ataupun Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf jalan yang dimaksudkan dengan seberapa segera,” rayu Chong.
Chong
menambah, jika perkara ini diketahui lebih awal oleh parti pembangkang,
maka sudah tentu akan menjadi isu besar dan propaganda untuk menghentam
kelemahan pentadbiran kerajaan BN.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan