Dakwaan
kononnya akan berlaku upacara membakar Bible versi bahasa Melayu di
Butterworth Ahad ini adalah tidak berasas dan sengaja digembar-gembur
pihak tertentu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun
Hussein.
Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak dapat mengambil
pendekatan rasional dan bertenang.
”Menerusi makluman yang diterima
daripada Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) sendiri dan
setelah ditanya kepada tuan punya badan, mereka menafikannya (upacara
membakar bible),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mengambil mudah dan sentiasa memantau perkara itu.
“Sesiapa
yang menyebarkan berita palsu itu akan didedahkan. Saya berjanji dan
beri jaminan perkara yang ada asas, kita akan teliti dan siasat,”
katanya.
Ahad lepas
Polis Pulau Pinang menerima laporan daripada seorang paderi yang
menemui risalah bertulis ‘jom bakar…pesta bakar bible Melayu demi masa
depan cucu kita’ yang diletak di dalam peti surat di sebuah gereja di
negeri itu.
Terdahulu Hishammuddin hadir pada majlis penyerahan MyKad kepada B. Dinesh Kumar, 26, dan B.Reshina, 18, yang tercicir daripada mendapat MyKad berikutan masalah ketiadaan dokumen walaupun kedua ibu bapanya A. Maria, 52, dan R. Batumanathan, 54, adalah warganegara.
Terdahulu Hishammuddin hadir pada majlis penyerahan MyKad kepada B. Dinesh Kumar, 26, dan B.Reshina, 18, yang tercicir daripada mendapat MyKad berikutan masalah ketiadaan dokumen walaupun kedua ibu bapanya A. Maria, 52, dan R. Batumanathan, 54, adalah warganegara.
Dalam
perkembangan lain, Hishammuddin menegaskan tiada sesiapa pun boleh
terlepas daripada tindakan undang-undang termasuk petugas Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN) yang disyaki terbabit dalam sindiket menjual
bayi.
“Tiada
maaf bagi sesiapa yang terbabit dalam kes ini…ramai lagi yang terbabit
kerana sindiket itu bukan di kesan di negara ini sahaja sebaliknya di
peringkat antarabangsa juga,” katanya.
Media
melaporkan kejayaan polis menumpaskan satu sindiket penjualan bayi di
Pulau Pinang yang didalangi seorang wanita tempatan sejak tiga tahun
lalu yang dipercayai mengaut keuntungan mencecah RM25,000 untuk seorang
bayi.
Wanita berusia 50-an itu dikesan turut bersekongkol dengan seorang doktor klinik swasta dan seorang petugas JPN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.