Halaman

Rabu, 23 Januari 2013

MB Perak tidak mahu layan cabaran debat

SINAR HARIAN

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
 
IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengulangi pendirian tidak akan melayan cabaran Pakatan Rakyat (PR) Perak yang mahu beliau berdebat dengan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

Zambry mendakwa, PR tidak mempunyai isu lain untuk dimainkan ketika ini dan cabaran debat merupakan satu agenda PR untuk mencari publisiti murahan bagi menarik sentimen rakyat.

"Pada pendapat saya, hanya orang bersalah sahaja akan berbuat macam ini. Sebab itu saya tak nak layan permintaan debat ini, apatah lagi kualiti Mohammad Nizar sendiri sama ada di dalam atau di luar sidang Dun.

"Dalam sidang Dun pun dia (Mohammad Nizar) boleh berbohong, apa lagi di luar. Adakah perlu saya melayan orang seperti ini untuk berdebat dengan beliau. Kalau nak berdebat sekalipun, biarlah dengan orang yang ada kredibiliti," tegasnya.

Beliau berkata, debat berkenaan adalah berkaitan tanah di Kelantan dan beliau tidak dan PR sepatutnya tahu bukan beliau (Zambry) yang membangkitkan isu berkenaan.

“Mereka nak saya debat berkenaan tanah tersebut walhal saya tak pernah bangkitkan dalam Dewan. Malah saya tidak pernah mengeluarkan satu kenyataan pun berkenaan isu itu.

"Jadi apa perlunya panggil saya? Sebenarnya mereka amat terkesan dengan isu berkenaan serta mahu mengalihkan perhatian rakyat kepada debat ini, itu sahaja,” katanya ketika ditemui selepas sesi Hari Bertemu Pelanggan di Bangunan SUK, semalam.

Sebelum ini, PR Perak menjemput pimpinan negeri menyertai Debat Darul Ridzuan dengan tajuk ‘Nik Aziz Rasuah Ngeh Koo Ham, Dr. Zambry Abd Kadir Kayakan Kroni - Siapa Berdusta?’ anjuran mereka, hari ini.

Zambry menambah, tindakan PR dilihat sekadar mencari publisiti untuk memperlihatkan kepada rakyat kononnya Barisan Nasional (BN) takut untuk berdebat.

"PR mahu rakyat melihat bahawa mereka sahaja yang pandai berdebat. Namun apa yang berlaku dalam Sidang Dun jelas menunjukkan wakil rakyat BN boleh berdebat secara 'anak jantan' dengan mereka.

"Esok (hari ini) mereka buatlah drama mengatakan saya takut untuk berdebat dengan mereka. Kita pun tahu skrip mereka, sebab tujuan mereka memang mencari publisiti," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.