MALAYSIA KINI
Pihak
polis telah dituduh cuba menutup kes kematian pengawal keselamatan
Sugumar Chelliah, yang didakwa digari, berlumur dengan serbuk kunyit dan
dipukul oleh empat anggota polis."Kami merujuk kepada dakwaan ketua polis Kajang bahawa polis tidak memukul C Sugumar hingga mti dan dia meninggal dunia akibat serangan jantung," kata peguam N Surendran dan Latheefa Koya, yang mewakili keluarga mangsa, dalam satu kenyataan pagi ini.
oleh polis untuk menutup kes itu.
Menurut peguam berkenaan, saksi-saksi mendakwa melihat kejadian itu, tetapi polis tidak mengambil kenyataan mereka.
"Tiga saksi telah tampil memberi keterangan bahawa Sugumar telah dikejar oleh polis, digari, dipukul dan berlumur dengan kunyit.
"Bagaimana polis boleh mendakwa bahawa tidak ada unsur janayah, sedangkan mereka tidak telahpun merekodkan kenyataan ketiga-tiga saksi berkenaan?"
Semalam polis mengklasifikasikan kes Sugumar sebagai 'kematian mengejut' dan bedah siasat menunjukkan dia mengalami saluran jantung tersumbat dan tiada sebarang kecederaan lain.
Peguam berkenaan bagaimanapun bertegas bahawa mereka telah meneliti luka pada si mati "konsisten dengan berlakunya pergelutan".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.