Jia akan merasmikan Taman Industri Malaysia – China (MCKIP) pada 5 Febuari. – Gambar Reuters
The Malaysian Insider difahamkan China juga sedang mempertimbangkan perjanjian khas dan insentif bagi Malaysia, selain dari kerjasama erat pada masa lalu untuk membina jambatan kedua Pulau Pinang dan menghantar dua beruang panda di sini selama setahun.
Difahamkan juga, pentadbiran Najib mahu menunjukkan mereka mempunyai keyakinan pemerintah China dalam melaksanakan projek usahasama seperti taman industri seluas 607 hektar di Kuantan, yang dijangkakan akan menarik pelaburan sebanyak RM7 bilion dan mencipta 5,500 peluang pekerjaan sebelum siap pada 2020.
Jia, pemimpin keempat dalam biro politik, akan merasmikan Taman Industri Malaysia – China (MCKIP) pada 5 Febuari bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
The Straits Times, Singapura, memetik penganalisis yang mengatakan usahasama terkini antara Malaysia dan China membantu meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara, dan boleh membantu pentadbiran Najib mendapat sokongan yang lebih baik daripada masyarakat Cina di sini, pada pilihan raya umum ke 13.
“Walaupun ahli perniagaan Malaysia dan China telah berurusan rapat antara satu sama lain selama beberapa dekad, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kedua-dua kerajaan kelihatan mengukuhkan perdagangan mereka dan termasuk hubungan rasmi,” kata penganalisis politik Oh Ei Sun dari Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam kepada akhbar tersebut.
Kolumnis akhbar tersebut Koh Kok Wee memerhatikan inisiatif terbaru ini dengan China diambil oleh Malaysia disesuaikan ke arah kedua-dua keuntungan ekonomi dan politik.
“Najib telah diberkati dengan legasi bapanya. Orang China menyukainya kerana mereka masih ingat kemesraan lawatan bersejarah Tun Abdul Razak ke China pada tahun 1974,” kata Koh dipetik dari ST.
Malaysia adalah negara ASEAN pertama mewujudkan hubungan diplomatik dengan China, berikutan lawatan 1974, tambah ST.
“Tetapi sama ada langkah terbaru ini akan mempengaruhi pengundi Cina Malaysia masih lagi tidak jelas. Ia adalah generasi yang berbeza daripada semasa Encik Abdul Razak melawat China,” tulis akhbar tersebut.
Najib merupakan perdana menteri Malaysia keenam yang tidak lama lagi akan memimpin gabungan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum, dimana ramai pemerhati mengatakan merupakan paling sengit dalam sejarah.
Menurut kajian terbaru Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), pengundi muda dalam lingkungan 21 hingga 30 tahun dan masyarakat kaum Cina antara mereka yang masih lagi belum membuat sebarang keputusan untuk menyokong mana-mana pihak pada Pilihan Raya 2013.
Sejumlah 1, 409 responden ditinjau badan tersebut untuk mendapatkan pandangan mereka apakah BN atau Pakatan Rakyat (PR) bakal menang, 42 peratus mengatakan BN akan menang sementara 37 peratus pula berpendapat PR bakal berjaya.
Bagi isu-isu panas sepanjang tahun lalu, seperti Skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), loji kontroversi nadir bumi Lynas dan jenayah, kata mereka akan menyebabkan penurunan dalam sokongan kepada BN sebanyak 62 peratus, 61 peratus dan 51 peratus masing-masing.
95 peratus daripada pengundi Cina yang ditinjau mengambil berat tentang integriti.
Lain-lain isu utama bagi masyarakat Cina adalah peningkatan hutang negara disebabkan oleh pengurusan ekonomi yang dikatakan lemah pada 89 peratus, manakala loji Lynas dan peningkatan dalam harga barang masing-masing sebanyak 86 dan 82 peratus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan