Editor BULETIN
Lebih separuh daripada mereka tidak pulang ke rumah kerana pengaruh rakan sebaya dan masalah yang dihadapi punca terbesar kes remaja hilang.
Menurut rekod tersebut lagi jumlah orang hilang pada tahun lalu menurun sedikit berbanding pada 2011, dengan jumlah kehilangan seramai 5,961
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata banyak kes orang hilang melibatkan keluarga berpecah, iaitu bercerai atau tinggal berasingan.
"Ia adalah kesan domino dengan remaja daripada keluarga yang bermasalah mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk lari dari rumah," katanya dilaporkan sebuah akhbar nasional atas talian mstar online.
[Gambar - kanak-kanak hilang yang masih belum ditemui, pernah menjadi topik panas empat tahun yang lalu, sehingga kini belum nampak penyelesaian kepada masalah orang hilang]
Katanya lagi, ada di kalangan mereka itu tercicir daripada sekolah dan sebahagian yang lain terutamanya perempuan lari dengan teman lelaki mereka.
Rekod juga menunjukkan bahawa mereka yang berusia antara 13 dengan 17 tahun adalah kategori umur tertinggi kumpulan yang dilaporkan hilang dari rumah.
Remaja perempuan Melayu membentuk kumpulan terbesar iaitu sehingga 1,124 kes hilang direkodkan dari Januari hingga Oktober pada 2012 dan jumlah itu hampir empat kali ganda kes di kalangan remaja lelaki.
Selain itu, Datuk Seri Mohd Bakri berkata terdapat kes-kes terpencil orang hilang kerana menjadi mangsa penjenayah seksual dan kes penyeludupan manusia.
"Pihak polis bekerja keras untuk mengesan mereka yang hilang. Ia tugas yang sukar tetapi kami akan tetap cuba sedaya upaya mencari semua yang hilang itu.
"Adalah penting bahawa laporan orang hilang hendaklah dibuat secepat mungkin kerana ia akan membantu kita dalam menggerakkan sumber kita dengan cepat," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.