kata Anwar.
"Hampir tidak ada sebarang gangguan daripada pihak polis dalam semua program kami. Ia adalah satu perubahan yang tulen."
Anwar berkata, pilihan raya sudah hampir dan akan dimenangi dalam medan pertembungan di luar bandar Sabah dan Sarawak.
Perbezaan ideologi dalam Pakatan tidak akan menjejaskan kejayaan gabungan itu, katanya dalam satu temubual selama sejam di ibupejabat PKR di Petaling Jaya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mesti membubarkan Parlimen pada 28 April dan mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari.
Kemenangan pembangkang, selepas kerajaan BN menang tipis lima tahun lalu, akan mengakhir pemerintahan BN selama lebih lima dekad di Malaysia.
Indeks KLCI Bursa Malaysia telah jatuh 4.8 peratus sejak mencapai rekod pada 7 Januari ekoran kebimbangan BN mungkin tergelincir terus di peti undi, menjadikannya satu-satunya penanda aras indeks saham Asia yang merosot tahun ini.
Anwar, yang berkata hukukman penjara terhadapnya bermotif politik, menganggap pembebasannya daripada tuduhan liwat pada 2012 sebagai satu petunjuk bahawa badan kehakiman akan menerima keputusan pilihan raya umum nanti, walaupun ia dimenangi pembangkang.
Beliau juga berkata pihak polis tidak menghalang perhimpunan pembangkang di Kuala Lumpur bulan lepas dan membantu untuk "memudahkan" perjalanannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.