| Oleh Aspan Alias |
Dr Mahathir semalam berkata nasib Najib bergantung kepada kehendak UMNO jika BN tidak dapat kejayaan lebih dari apa yang diperolehi oleh Abdullah Badawi dalam pilihanraya yang lalu. Beliau memberi pandangan peribadi beliau yang Najib sepatutnya memberikan laluan kepada Muhyiddin Yassin jika prestasi BN lebih lemah dari pilihanraya ke12 dahulu.
Najib merupakan pemimpin yang paling sesuai untuk dijadikan ‘stop-gap
Prime Minister’ kerana dari awal lagi semua pihak tahu yang Najib tidak
boleh kekal kerana mempunyai ‘baggage’ peribadi yang terlalu besar.
Keadaan Najib tidak membolehkan beliau kekal lama sebagai Perdana
Menteri. Sesungguhnya Dr Mahathir mahukan Muhyiddin untuk mengambilalih
kepimpinan negara dari Najib dalam tempoh yang singkat sahaja. Maka isu
yang dipergunakan untuk menaikan Muhyiddin secara ‘expedient’ ialah isu
dan masalah peribadi Najib itu sendiri.
Dalam pada itu Dr Mahathir pun tidak mempunyai keyakinan yang penuh
tentang kemampuan Muhyiddin itu. Seperti biasa beliau sedaya upaya
mahukan Muhyiddin mengambilalih untuk membuat persediaan untuk seorang
ahli keluarganya untuk menggantikan Muhyiddin pula. Jika alasan
Muhyiddin adalah orang terbaik untuk menggantikan Najib, ia merupakan
alasan yang meleset. Waktu akan menentukan yang Muhyiddin akan
menghadapi masalah yang sama apabila Mahathir mahu menurunkan beliau
(Muhyiddin) untuk memberikan laluan untuk keluarga beliau mengambil alih
kepimpinan negara suatu masa yang tidak berapa lama lagi.
Pendeknya Mahathir tidak pernah mahukan dan menyayangi sesiapa pun di
dalam politik ini. Hanya mereka yang lemah tetapi bercita-cita tinggi
dalam UMNO itu mengambil kesempatan untuk menjadi pemimpin sementara
Mahathir menunggu orang yang sebenar-benarnya menjadi pucuk pimpinan
negara itu menjadi kenyataan. Apabila sampai keadaan itu barulah negara
mempunyai kepimpinan yang terbaik dalam sejarah kemerdekaan negara
kepada Dr Mahathir.
Itulah politik Dr Mahathir. Bagi Mahathir yang paling utama ialah
peribadi dan keluarga. Selepas itu untuk parti kerana parti itu boleh
menaikan keluarga dan kehendak beliau kerana parti hanyalah alat untuk
memudahkan mendapatkan kehendak dan kemahuan beliau. Selepas itu barulah
untuk negara. Negara merupakan isu yang paling akhir dan tidak
mempunyai prioriti langsung bagi Dr Mahathir.
Semasa beliau mengambilalih kepimpinan kerajaan dengan pengorbanan
rakan-rakan seperjuangan Mahathir merupakan seorang PM yang tidak
mempunyai ‘grassroot’ yang kuat. Mahathir memulakan kepimpinan negara
dengan menyisihkan pemimpin sebarisan dengan beliau secara sistematik.
Jika dikaji dan dipandang dari apa sudut sekali pun Tengku Razaleigh lah
yang sepatutnya menjadi pemimpin selepas beliau. Tetapi beliau tidak
mahukan Tengku Razaleigh kerana beliau tidak mahu dibayangi oleh TR yang
semasa itu menjadi ikon kepimpinan dalam UMNO. Jika TR menjadi Timbalan
beliau niat beliau untuk menjadi Perdana Menteri berdekad-dekad lamanya
itu tidak akan tercapai.
Seperti beliau gunakan Muhyiddin sekarang ini semasa itu beliau
menggunakan Musa Hitam yang kebetulan juga seorang yang bercita-cita
tinggi tetapi tidak dapat menyaingi kepopularitian TR. Mahathir memilih
Musa untuk menyaingi TR dengan menggunakan pengaruh beliau (Mahathir)
dengan merancang pertandingan Timbalan Presiden pada tahun 1981 dahulu.
Padahal beliau tidak juga menyukai Musa. Musa hanya di perguna untuk
melemahkan TR secara sistematik. Akhirnya Musa sendiri terpaksa
meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana Mahathir
meletakkan mereka yang tidak sebulu dengan Musa seperti Daim dan Anwar
Ibrahim yang baru menyertai UMNO semasa itu.
Begitulah cara Mahathir bermain politik. Beliau tidak memberikan
tumpuan untuk membentuk kepimpinan, sebaliknya semua pemimpin didikan
Tun Razak itu dilaga-lagakannya untuk meletakkan beliau duduk dengan
aman dalam jangkamasa yang amat lama. Ghaffar Baba mengambilalih dan
selepas itu Ghaffar di jadikannya mangsa dengan merancang Anwar untuk
menandingi Ghaffar sehinggakan Ghaffar lari dan meletakkan jawatan
sebelum pertandingan parti di adakan pada 4hb November tahun 1993
dahulu.
Selepas itu terjadi pula perpecahan beliau dengan Anwar yang membawa
kepada UMNO sehingga hari ini dan menggantikan pula dengan Abdullah
yang begitu lemah dalam memimpin negara. Abdullah yang sedang mengantuk
di sorongkan bantal semata-mata untuk menggantikan Anwar dan semasa itu
beliau sudah mentadbir negara selama 22 tahun mengikut sistem beliau
yang membawa perpecahan itu. Beliau tahu Abdullah bukannya ‘material’
sebagai seorang PM tetapi beliau merancang untuk menjadi de facto
Perdana Menteri menggunakan Abdullah yang beliau sangkakan boleh
dipusing kepala dari luar.
Malangnya Abdullah yang lembut itu rupa-rupanya seorang yang degil dan
tidak mahu mengikut telunjuk dan kemahuan beliau maka Abdullah di
hinanya dan bertindak mahu menjatuhkan Abdullah dan beliau sanggup
meninggalkan UMNO sebentar sementara Abdullah di buang atau meletakkan
jawatan.
Beliau tahu Najib juga bukan material sebagai seorang PM yang baik
tetapi beliau gunakan Najib untuk menolak Abdullah dan sekarang
permainan yang sama sedang berlaku dan menggunakan kelemahan Najib yang
beliau tahu dari awal lagi. Niat Mahathir sekarang ialah untuk membawa
Muhyiddin pula kepucuk kepimpinan negara. Beliau akan terus melakukannya
jika beliau berupaya utuk melakukannya. Akhirnya Muhyiddin sendiri akan
diketepikan dengan menggunakan kelemahan Muhyiddin yang tidak kurang
teruknya jika dibandingkan dengan Najib.
Apabila berlaku satu di antara dua kejadian sahaja yang akan
memberhentikan Mahathir melakukan kerja mengadu-domba ini. Yang
pertamanya jika beliau tiada lagi dalam dunia ini dan keduanya jika
Mukhriz berjaya mencecah pucuk pimpinan negara kita ini.
Sementara menunggu niatnya itu terkabul kita semua akan jahanam dan politik negara tidak akan dapat dikenali oleh sesiapa lagi.
Itulah sebabnya rakyat perlu melakukan perkara yang sangat penting
untuk dilakukan…iaitu kita tolak sahaja UMNO dan BN dalam pilihanraya
ini sebelum nasi menjadi bubur untuk negara kita ini.
Kita hanya mempunyai masa dua bulan sahaja untuk melakukan kerja yang
baik untuk masa depan negara. rakyat harus berpakat-pakat untuk
membetulkan kembali landasan perjuangan rakyat dalam negara kita yang
sepatutnya sebuah negara demokrasi ini.
Jangan segan silu untuk bertindak dan jangan merasa takut untuk
melakukannya. Lagi kita merasa takut lagi mereka (UMNO) ini akan menekan
pemikiran rakyat sehingga tidak ada lagi rakyat yang boleh berfikir dan
mempertahankan nilai kemanusiaan yang di berikan akal dan fikiran oleh
Allah swt.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan