| SABAH KINI |
TAKLIMAT.....Rombongan
yang diketuai Aknan Ehtook, dua dari kanan, sedang mendengar taklimat
pemilik Kilang itu, kiri sekali, dan tengah Ahli Lembaga Pengarah MPOB
Datuk Tan Yong Gee.
Oleh : HJ.WAHAB TIMPAI
KENINGAU:
Seramai 300 orang pemohon terdiri dari pekebun kecil tanam baru kelapa
sawit yang melibatkan keluasan seluas 1,500 hektar di kawasan Pedalaman
Atas diluluskan dalam mesyuarat pagi khamis di Hotel Perkasa.
Demikian diberi tahu
oleh Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi
Malaysia, Aknan Ehtook sejurus selepas mesyuarat itu.
Aknan
Ehtook yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata,kelulusan itu secara
individu dan bukan berkelompok dan setiap pekebun kecil terlibat akan
dibayar insentif sekiranya kerja di kebun dilakukan oleh pemohon
sendiri; sebaliknya pembayaran itu terus kepada taukeh yang
mengendalikan kerja kebun pemohon itu.
Beliau berkata demikian sejurus selepas mesyuarat pada pagi khamis dibilik mesyuarat Hotel Perkasa.
Selepas Solat Zohor, beliau dan rombongan meninjau tapak Semaian dan sebuah kilang proses minyak sawit di kampung Bilinin.
Dalam
lawatannya, di tempat itu, Aknan Ehtook menerima beberapa aduan dari
taukeh kilang berkenaan, bahawa kilang syarikat itu tidak dapat
menampung lagi kerana buah sawit lebih dua ribu tan sehari dihantar di
kilang berkenaan.
Dalam pada itu, masalah berhubung kilang itu akan dikemukakan kepada kementerian untuk diambil tindakan, katanya.
Difahamkan
buah sawit dari Beaufort, Tenom dan Sipitang juga dihantar ke Keningau
menyebabkan longgokan buah sawit berlaku sehingga ada yang buruk.
Sementara
itu, Ahli Lembaga Pengarah MPOB, Datuk Tan Yong Gee yang turut hadir
dalam mesyuarat itu mencadangkan supaya setiap 20 kilometer dibina
sebuah kilang; seperti di Beaufort, Sipitang dan Tenom bagi memudahkan
pekebun kecil menjual buah sawit mereka; di samping menjimatkan
perbelanjaan pengangkutan.
Katanya
lagi, jarak antara Beaufort dan Kilang sawit di kampung Bilinin
Keningau lebih 200 kilometer dan sudah pasti belanja tambang
pengangkutan agak tinggi akibatnya kerugian kepqda pekebun kecil akan
berlaku.
Sejak
MPOB masuk di kawasan Pedalaman minat pihak bumiputra untuk menanam
sawit amat menggalakkan, namun, sekiranya mereka berterusan mengalami
kerugian; berkemungkinan mereka tidak meneruskan usaha masing-masing di
kebun sawit, katanya.
Justeru
itu, demi kepentingan pekebun kecil, Tan Yong Gee merayu kepada
Kerajaan supaya mengkaji semula setiap syarikat yang ingin melabur
membina kilang di kawasan Pedalaman Bawah dan Atas.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.