| DETIK DAILY |
Pengerusi Bersama Bersih, Dato’ S Ambiga, berkata, SPR boleh mula bertindak membersihkan daftar pemilih, lebih-lebih lagi ketika isu pemberian status warga negara kepada rakyat asing di Sabah didedahkan baru-baru ini.
Namun, sehingga kini SPR tidak melakukan apa-apa. Maka jalan terbaik rakyat ialah menubuhkan pasukan pemantau PRU13 tersendiri seperti Pemantau Pilihan Raya Rakyat (Pemantau).
Pemantau kini sedang giat memobilisasikan sukarelawan di seluruh negara sebagai persediaan berdepan sebarang kemungkinan apa sahaja bentuk penipuan dalam PRU13 nanti.
Badan pengawasan pilihanraya itu yang dianggotai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih); Pusat Komunikasi Masyarakat (Pusat Komas) dan Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel) telah dilancarkan pada 8 Januari lalu.
Pemantau bertujuan melawan penipuan undi dengan memerhati setiap gerak perjalanan PRU13 bermula tempoh berkempen dan hari membuang undi serta memantau media.
Sasaran awal merekrut sekurang- kurangnya 10,000 sukarelawan untuk membuat tugas tersebut dan tidak mustahil boleh cecah sehingga 40,000 orang jika rakyat bangkit mahukan pilihanraya bersih.
Timbalan Pengerusi SPR, Dato’ Wan Ahmad Wan Omar tidak sepatutnya gabra dan bimbang dengan kemunculan Pemantau selepas dua hari dilancarkan. Beliau mahu Pemantau tidak menganggu proses PRU13.
Sepatutnya rakyat yang memberi amaran kepada Wan Ahmad bukannya SPR memberi amaran kepada rakyat. Kalau SPR menipu pilihanraya, rakyat akan keluar ke jalan raya! Inilah jeritan rakyat yang kian kedengaran kencang.
SPR kini menyediakan panduan kepada enam Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dilantik menjadi pemerhati pada PRU13 di bawah badan bebas itu.
Pemantau menyifatkan segala panduan itu tidak lebih hanya bertindak untuk menyekat dan menjadikan barisan pemerhati itu “tukang angguk” sahaja. Barangkali itulah sebabnya Transparensi Antarabangsa Malaysia (TI-M) menolak pelawaan SPR sebagai pemerhati bertauliah, kerana mereka juga tidak setuju dengan pelbagai kongkongan seperti tidak boleh mengambil foto jika wujud salah laku dan sebagainya.
Selain larangan tersebut, pemerhati juga ditegah melihat proses mengira undi; bercakap dengan agen parti dan staf pusat undi; bercakap kepada media serta dilarang mengeluarkan maklumat kepada pihak ketiga sebelum melaporkan kepada SPR.
Pelantikan pemerhati tempatan selain pemerhati luar bagi SPR, adalah inisiatif kali pertama SPR itu dalam PRU13 nanti.
Enam NGO tersebut ialah Majlis Belia Malaysia (MBM); Institut bagi Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS); Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham); Merdeka Centre dan Transparency International dan Centre for Public Policy (CPPS).
Pada hari berkempen dan membuang undi, sukarelawan Pemantau boleh memakai baju berwarna oren, hijau, kuning, hitam dan merah sebagai simbolik.
Individu yang ingin menyertai Pemantau boleh mendaftar di http://tinyurl.com/daftarPEMANTAU atau emel kepada info@bersih. org. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi 03-77723275 atau melayari www.pru13.info.
Sebarang aduan berkenaan pilihan raya juga boleh dibuat melalui sms kepada 013 7711071, talian aduan di 03-79310840, hantar Tweet kepada #jompantau, aduan online di www.pru13.info atau emel aduan kepada
jika difikirkan secara lojik, semua larangan yang ditetapkan oleh spr itu adalah peluang-peluang untuk umno-bn "menipu". Jikalau dijemput pemantau dari luar sekali pun dari pbb, mereka tidak ada kuasa untuk membatalkan pru sesuatu negara bila benar-benar berlaku penipuan. hanya rakyat yang dapat menentukannya...!!!
BalasPadam