SINAR HARIAN
KUALA TERENGGANU - Guru yang mahu aktif dalam politik disaran meletak
jawatan bagi mengelak fokus mereka terganggu sewaktu sesi pembelajaran,
kata Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) Zakariav Husin.
Beliau berkata JPNT tidak pernah menghalang mana-mana guru yang mahu
meletak jawatan kerana berhasrat menceburi politik secara serius kerana
tindakan itu lebih sesuai untuk kepentingan pelajar dan sektor
pendidikan negeri ini.
Bagaimanapun, katanya, secara umumnya di Terengganu tidak ramai guru
yang mahu aktif dalam politik dan kalau ada pun sekadar memegang jawatan
biasa di
peringkat cawangan.
"Sehingga kini, JPNT ada menerima kurang 10 permohonan rasmi daripada
guru yang meminta kebenaran untuk memegang jawatan dalam parti politik,"
katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Refleksi Pendidikan
bersama 500 guru di sini, hari ini.
Beliau turut mengingatkan semua guru di Terengganu agar sentiasa
menyokong dasar kerajaan dan tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang
yang mahu meraih undi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.
"Tidak sesuai jika kita sebagai penjawat awam tetapi menyokong
pembangkang yang sentiasa tidak berpuas hati dengan apa sahaja usaha
dilakukan kerajaan," katanya.
Beliau berkata JPNT turut memantau prestasi semua guru di negeri ini
agar mereka sentiasa memberi khidmat terbaik demi memastikan hasrat
Terengganu menjadi negeri anjung ilmu tercapai.
Dalam perkembangan lain, Zakaria berkata Terengganu menerima 20 guru
Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) pada tahun ini berbanding 17 pada
tahun lalu
yang diharap mampu meningkatkan penguasaan bahasa utama dunia itu di kalangan pelajar di negeri ini.
Namun, kataya, jumlah itu masih belum mencukupi dan kerajaan negeri
akan mencari guru ETA dari negara lain selain Amerika, mungkin dari
Australia. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.