PUTRAJAYA:
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air hari ini membidas kerajaan
Selangor yang dilihat lebih berminat mempolitikkan isu bekalan air
daripada membantu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas)
menyelesaikan masalah berkaitan bekalan air.
Menterinya
Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata tindakan Selangor membuat
pengumuman mengenai punca gangguan bekalan air baru-baru ini adalah
tidak wajar dan membelakangkan badan kawal selia perkhidmatan air
negara, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Beliau
berkata kerajaan negeri Selangor seharusnya menyerahkan tanggungjawab
membuat siasatan mengenai punca sebenar kejadian kepada SPAN, dan
menumpukan perhatian bagi membantu Syabas, yang 30 peratus dimiliki
kerajaan negeri.
“Kerajaan
persekutuan (sebaliknya), dan bukan Selangor; yang mengarahkan Syabas
melaksanakan serta-merta, kerja-kerja pemasangan paip pintasan untuk
menyelesaikan gangguan bekalan yang dihadapi penduduk beberapa kawasan
sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini,” katanya semasa membacakan
kenyataan media di sini.
Katanya
kerajaan pusat juga mengarahkan Syabas melaksanakan kerja-kerja menaik
taraf Rumah Pam Wangsa Maju bagi mengurangkan risiko gangguan bekalan
air di masa hadapan, kerana kerja pembinaan rumah pam baru oleh
kerajaan negeri menggunakan pinjaman kerajaan persekutuan hanya akan
siap pada tahun 2015.
Peter Chin
berkata kerajaan pusat menerusi SPAN juga sedang meneliti beberapa
langkah mitigasi tambahan yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko
gangguan bekalan air yang serius sementara menunggu pembinaan Loji
Rawatan Air Langat 2 disiapkan.
Beliau
berkata kerajaan negeri juga enggan memberi kebenaran bagi membaiki
bumbung kolam air di Loji Rawatan Air Sungai Langat yang berada dalam
keadaan kritikal, walaupun peruntukannya sudah disediakan Syabas.
“Sekiranya
bumbung kolam air itu runtuh, sekurang-kurangnya 1.6 juta penduduk
sekitar Ulu Langat dan sebahagian Kuala Lumpur akan mengalami ganguan
bekalan air yang boleh berterusan mencecah berbulan lamanya,” katanya.
Menurutnya
situasi ini merupakan sebahagian daripada halangan yang dihadapi
kerajaan pusat ketika berurusan dengan kerajaan negeri Selangor dalam
memastikan rakyat mendapat bekalan air mencukupi tanpa ganguan.
“Oleh itu
saya serahkan kepada rakyat utnuk menilai sama ada kerajaan negeri
Selangor benar-benar serius untuk menyelesaikan masalah rakyat atau
lebih berminat untuk mempolitikkan isu air ini dengan mengaitkan
masalah ini dengan penstrukturan semula industri perkhidmatan air
Selangor,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan