KL TODAY
KUALA
LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mendakwa
isu kalimah ALLAH yang menjadi pertikaian mutakhir ini adalah mainan
politik Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Ini kerja Umno.
Mengaku Islam… bawa isu kalimah ALLAH musim pilihan raya. Nak pancing
undi guna kalimah ALLAH,” katanya ketika menyampaikan ucapan di
Himpunan Perdana Ummah bersama Pas di sebuah hotel dekat ibu negara,
hari ini.
Jelas
Hadi, keputusan dibuat Majlis Syura Pas berkaitan dengan penggunaan
kalimah ALLAH oleh bukan Islam sudah cukup jelas, namun ia dimanipulasi
oleh pihak-pihak tertentu termasuk sesetengah media sehingga ia
menimbulkan kebimbangan rakyat.
“ALLAH tak
boleh diterjemahkan. Dalam masa sama ALLAH digunakan bukan Islam
ditempat dia, itu hak kamu. Salah gunakan, itu tak boleh.
“Ia ada
beza dan kita kena faham. Majlis Syura Ulama buat keputusan perkataan
ALLAH tidak boleh diterjemah. Perkataan ALLAH tak boleh salah guna.
Kalau kamu nak (kalimah) ALLAH dalam bangsa kamu, itu hak kamu.
Dipotong-potong kenyataan ini dan dilaga-lagakan,” tegas beliau.
Cadangan
penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu dibangkitkan
oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ucapan sempena sambutan
Hari Natal lalu.
Pakatan
Rakyat yang berbincang pada 8 Januari memutuskan kalimah ALLAH boleh
digunakan oleh bukan Islam asalkan ia tidak disalahgunakan.
Pendirian Hadi yang mewakili Pas dalam mesyuarat itu disambut baik oleh Majlis Pakatan Rakyat.
Namun
Majlis Syura Pas yang bermesyuarat pula memutuskan bahawa kalimah ALLAH
adalah hak eksklusif untuk orang Islam sahaja dan tidak boleh
diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Hadi kemudiannya akur dengan pendirian Majlis Syura Pas itu.
Semalam,
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata Pas sepatutnya mempertimbangkan
keputusan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat mengenai kalimah ALLAH dan
bukan oleh Majlis Syura Ulamanya.
Pengerusi
DAP, Karpal Singh berkata, PR sudah bersetuju dengan penggunaaan
kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam tetapi hanya Pas yang tidak
bersetuju menerusi Majlis Syura.
Hadi
bagaimanapun ketika ditanya berhubung perkara itu meminta media merujuk
kepada kenyataannya yang dikeluarkan dalam Harakah.
Menerusi
semakan yang dibuat di laman web Harakahdaily.net, kenyataan media yang
dikeluarkan pemimpin itu hanyalah yang bertarikh 14 Januari lalu dan
dirasakan tidak relevan bagi menjawab ketidakpuasan hati Karpal
bersabit isu tersebut.
Karpal
semalam berkata, DAP kesal dengan kenyataan Pas yang mengesahkan bahawa
isu penggunaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam sudah selesai.
“Saya kesal dengan kenyataan itu. Isu ini belum selesai dan DAP tetap dengan pendiriannya.
“Kita
masih meminta Majlis Syura Pas untuk mempertimbangkan supaya kalimah
ALLAH boleh digunakan oleh orang bukan Islam,” katanya.
Karpal juga menafikan ada berbincang mengenai hal itu ketika Nik Aziz berkunjung ke kediamannya minggu lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.