KUALA LUMPUR:
Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) tetap dengan pendirian
bahawa pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) perlu
ditangguhkan serta merta kerana masih terdapat masalah teknikal dan
kepincangan yang belum diselesaikan.
Penasihat
Undang-Undang Kase, Zulhazmi Shariff yang dihubungi memberitahu,
beliau kesal dengan tindakan kerajaan yang mahu meneruskan operasi AES
seperti biasa terutamanya menjelang sambutan Tahun Baru Cina.
Menurut
beliau lagi, tindakan tersebut juga dilihat bercanggah dengan apa yang
dinyatakan oleh Jabatan Peguam Negara (AG) yang telah membekukan
prosiding atas alasan perundangan yang mana menjadi bukti jelas bahawa
AES mempunyai masalah.
“Kami
kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan yang terus
berdegil untuk meneruskan sistem yang terbukti mempunyai kelemahan pada
musim perayaan yang akan datang.
“Tindakan
tersebut jelas bercanggah dengan apa yang diputuskan oleh AG yang
meminta membekukan prosiding AES kerana terdapat masalah yang serius
pelaksanaan AES dan perlu diselesaikan,” jelas beliau kepada
Harakahdaily.
Jelas
beliau lagi, sebelum ini terdapat pelbagai pihak termasuk Kongres
Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendesak
kerajaan menangguhkannya namun tiada sebarang respons diberikan.
“Ini jelas
membuktikan kerajaan hanya mementingkan syarikat kroni dalam mengaut
keuntungan tanpa mempedulikan suara rakyat yang terus terbeban dengan
kos kehidupan sekarang ini.
“Saya
melihat laungan kerajaan perihatin dan mendengar denyut nadi rakyat
hanya satu retorik kosong, hakikatnya rakyat terus terbeban,” sambung
beliau lagi.
Menteri
Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dalam satu kenyataan hari ini
berkata, kesemua 14 unit kamera AES akan terus beroperasi seperti
biasa, terutamanya menjelang sambutan tahun Baru Cina.
Beliau
juga turut memberitahu, kamera tersebut akan membantu program
penguatkuasaan trafik oleh beberapa agensi seperti Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ) dan polis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.