Halaman

Rabu, 6 Februari 2013

Kebakaran Asrama MDQ; Orang Ramai Berlumba-lumba Membuat Kebajikan

Editor BULETIN
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/MDQ1.jpg 
KUALA TERENGGANU - Sebaik mendengar khabar, bangunan asrama Ma'ahad Madrasah Darul Quran (MDQ) hangus terbakar, pelbagai pihak berlumba-lumba untuk membuat kebajikan, menyumbangkan derma dan sedekah serta membuat komitmen bagi membangunkan bangunan yang baru.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah pun melaksanakan kempen 'Pemuda Besamamu' bagi mengutip dana mendirikan bangunan baru asrama  menggantikan bangunan kayu yang terbakar semalam.

Ketuanya, Ustaz Nasaruddin Hassan gembira dengan sambutan yang begitu bersemangat di kalangan orang ramai, apabila beliau mengumumkan kutipan derma dalam ceramahnya di Manjong Perak, malam tadi.

"(saya) lancar derma malam ni (semalam) di Manjong Perak untuk (MDQ) Rusila.....penuh sejadah (orang ramai menderma), bungkus dalam plastik....penuh plastik tak tahu berapa (jumlah kutipan),

"malam esok (akan) lancar di Kuantan (pula), (InsyaAllah) lusa serah wang (ke Madrasah darul Quran),"ujarnya

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/MDQ3.jpgPenolong Setiausha II DPPM, Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Jofree pula yang berceramah di Matin, Perlis semalam 5 Februari, turut  melancarkan kutipan derma bagi tabung terbabit.

Menurutnya,  sebanyak RM15,000 berjaya dikumpulkan dalam sekelip mata, sebaik beliau mengumumkan pelancaran 'derma kilat' tersebut.

"AlhamduliLlah, baru lancar derma sebentar tadi (untuk MDQ) di Matin, Perlis....terus dapat RM15,000,"katanya melalui mesej sistem pesanan ringkas lewat malam semalam.

Sementara itu, sebuah badan kebajikan bukan kerajaan (NGO) Muslim Care, akan menyerahkan sumbangan derma sebanyak RM20,000 pada hari ini, Rabu 6 Februari.

Aktivis badan tersebut, Ustaz Riduan Mohamad Nor berkata, beliau akan sampai di madsarah tersebut kira-kira jam 1 tengahari,  mengadakan lawatan dan menyerahkan sumbangan kepada pihak madrasah.

Menurut saksi kejadian, Ustaz Muhammmad Akmal Hamzah, kebakaran bangunan asrama MDQ berlaku pada kira-kira jam 9.40 pagi Selasa 5 Februari. [Lihat Video Rakaman]

Beliau berkata kerugian tidak dapat dipastikan kerana menurutnya ketika itu semua penghuni asrama di blok B tersebut berada di kelas pengajian masing-masing.

Katanya, kesemua pelajar asrama berkenaan tinggal sehelai sepinggang, kerana tidak sempat mengambil apa-apa barang, ekoran api marak terlalu cepat.

Sumbangan orang ramai boleh diteruskan melalui akaun di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atas nama Ma’ahad Darul Quran A/C: 13017010011956 atau hubungi 019-985 4348 (mudir).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.