TERKINI
KUALA
LUMPUR ― Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengemudi
jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di Selangor selepas
perlantikannya baru-baru ini sebagai pengarah pilihan raya, kata
pemimpin negeri semalam, langkah menunjukkan keseriusan gabungan
tersebut untuk merampas negeri terkaya dan paling maju didalam negara.
Utusan Malaysia Online memetik jawatankuasa BN Selangor
Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mengesahkan keputusan tersebut dibuat semasa
mesyuarat BN semalam, di mana pemimpin memasang strategi merencana
percaturan terbaik untuk memastikan Pakatan Rakyat (PR) tumbang di
Selangor selepas Pilihan Raya Umum 2013.
“Perdana Menteri yang merupakan Pengerusi BN negeri akan mengetuai jentera pilihan raya umum di Selangor dan ini menunjukkan satu kesinambungan kepada parti bagi menunjukkan keyakinan dan perhatian khusus secara ‘hands on’ oleh beliau sendiri kepada negeri Selangor,” kata beliau yang dipetik berkata dalam Utusan.
Ahli parlimen Sepang tersebut juga berkata akan membantu Najib (gambar) sebagai timbalan pengarah pilihan raya untuk merancang dan menggerakkan jentera pilihan raya negeri.
“Saya pula akan membantu beliau sebagai timbalan pengarah untuk membantu dari segi perancangan dan gerak kerja terutama untuk memperkukuhkan jentera BN pada satu tahap lebih optimum untuk menjamin kemenangan mutlak parti,” katanya lagi.
Pada Pilihan Raya 2008 bersejarah yang lalu, BN tumbang di negeri terkaya tersebut dan tiga yang lain Perak, Kedah dan Pulau Pinang yang menyaksikan pembangkang menawan 82 kerusi pusat bagi menafikan majoriti tradisional dua pertiga kerajaan di parlimen.
BN kemudiaan menawan semula Perak dalam krisiss perlembagaan negeri pada Februari 2009 dan bekerja keras untuk menawan kerusi PR di Selangor.
Sejak kebelakangan beberapa bulan ini, Najib yang berhadapan tugas berat bagi memastikan BN memperoleh majoriti selesa pada Pilihan Raya 2013 dan telah menjelajah ke setiap pelosok negara menjanjikan pembaharuan dan transformasi serta pada masa sama menggesa rakyat supaya tidak menukar kerajaan.
Walaubagaimanapun, pemerhati percaya pilihan raya tidak lama lagi pasti akan sengit antara BN dan gabungan pembangkang PR, dimana telah memperoleh sokongan yang kuat dan orang ramai sebaik kemenangan mengejut pada pilihan raya yang lalu.
Fokus terarah kepada Selangor, yang dikatakan nadi kepada kepesatan ekonomi dan pentadbiran PR dibawah Menteri Besar sepenggal Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa oleh BN gagal mempamerkan prestasi baik untuk mengekalkan sokongan seperti pada tahun 2008 lalu.
PR ketika ini mempunyai penguasaan yang ketara keatas negeri terkaya tersebut dan memegang 36 kerusi daripada 56 kerusi dewan undangan negeri serta 17 daripada 22 kerusi parlimen.
Kemenangan tujuh kerusi negeri kepada BN dalam pilihan raya yang diadakan sebelum Jun akan memberikan gabungan kerajaan pusat tersebut menawan semula Selangor dengan majoriti mudah.
Pilihan Raya 2013 dijangka akan diadakan pada minggu kedua bulan April, sebulan selepas Najib mengakhiri jelajah “Janji Ditepati” keseluruh negara dan apabila BN melengkapkan senarai calon dan manifesto, kata sumber.
The Malaysian Insider difahamkan hentian terakhir perdana menteri dalam jelajahnya adalah dikawasan parlimennya iaitu Pekan pada 16 Mac, dijangka kemudiaannya Najib akan bertemu Yang Dipertuan Agong dan memohon pembubaran Parlimen.
“Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) biasanya menetapkan tarikh membuang undi kira-kira tiga minggu selepas Parlimen dibubar, jadi kita jangka paling adalah pertengahan April,” kata sumber BN kepada The Malaysian Insider.
Namun, spekulasi semain kuat mengatakan Parlimen akan dibubar pada minggu ini dan pilihan raya akan diadakan penghujung Mac, lebih limat tahun selepas pilihan raya yang terakhir pada 8 Mac 2008 lalu.
SPR akan menetapkan tarikh membuang undi dengan minimum 10 hari tempoh berkempen dan dijangka mengumumkannya sebaik Parlimen dan dewan undangan negeri kecuali Sarawak dibubar. Sarawak telah mengadakan pilihan raya pada 2011 lalu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.