Halaman

Jumaat, 1 Februari 2013

Pemuda Diseru Tolak 'Politik Sempit' Umno-BN

Skuad BO

    http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/pokok%20kayu%20ditebang.jpg 
    HULU TEREGGANU - Tindakan Umno Manir menggunakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menghalang program Pertandingan Memancing Tertutup kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir disifatkan 'menodai' amalan demokrasi.

    Pihak JKKK dilaporkan telah menebang pokok kayu dan merentangi laluan para peserta menuju ke lokasi pertandingan memancing anjuran oleh Pemuda PAS DUN Manir, yang djadualkan berlangsung di kawasan sungai Kampung Pulau Bahagia, hari ini Jumaat 1 Februari.

    Meurut Penasihat Pemuda DUN Manir, Ustaz Hilmi Dato' Ustaz Harun, walaupun Umno dan Barisan Nasional (BN) melaung-laungkan slogan demokrasi, tetapi keadaan sebaliknya berlaku akibat kerakusan Umno yang kononnya mahu merampass Manir dari tangan PAS.

    "Negara kita mengamalkan demokrasi. Tapi, amalan demokrasi di negara kita telah dinodai dengan kejahilan dan kerakusan Umno-BN yang tidak dapat menerima kenyataan (mereka ditolak oleh rakyat di DUN Manir),

    http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/bertandingan%20memancing%20pemuda%20manir.jpg"menebang pokok dan menghalang jalan para peserta ke lokasi pertandingan memancing adalah um[ama tindakan jahiliyyah yang menghalang perbuatan 'makruf'',"ujarnya ketika dihubungi.

    Menurutnya, program rekreasi tersebut, selain memupuk nilai kesabaran dan ketekunan orang-orang muda, ia merupakan suatu 'amar makruf' yang dapat mengelakkan para pemuda dari melakukan aktiviti-aktiviti yang 'lagha' dan tidak mendatangkan manfaat.

    Beliau sekeras-kerasnya mengutuk tindakan Umno-BN itu dan menyerus seluruh Pemuda tanpa mengira latar belakang  kecenderungan politik, agama dan bangsa, agar menolak pemikiran politik sempit yang diamalkan oleh Umno-BN. 

    "Kita harap, golongan pemuda-pemudi yg celik IT, dapat meneliti keadaan dan suasana sebenar bagi menyelamatkan negara kita dari kedajalan BN,"tegasnya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.