| Hazayani Zakaria, |
KUALA LUMPUR: Ameerah Malaysia hari ini ini berjaya menarik perhatian orang ramai di ibu kota melalui program Gelombang Epal Hijau.
Berpakaian hijau putih dengan membawa sepanduk lapan tawaran Pakatan Rakyat kepada orang muda, kira-kira seratus Ameerah berkumpul di hadapan sebuah pusat membeli-belah di Bukit Bintang.
Sementara sekumpulan memegang sepanduk, sekumpulan lagi mengadakan persembahan deklamasi sajak diiringi petikan gitar dan kemudiannya ucapan oleh Pengerusi Ameerah, Fareedah Samad.
Selepas itu, mereka berpecah kepada beberapa kumpulan dan mengedarkan sebiji epal dan risalah lapan tawaran Pakatan Rakyat kepada orang ramai di sekitar.
Kehadiran mereka menarik perhatian pengunjung yang lalu-lalang termasuk pelancong asing yang turut merakamkan gambar mereka.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Fareedah berkata, mereka memilih mengadakan program tersebut di Bukit Bintang kerana mensasarkan wanita muda.
"Hari ini kami turun mewarwarkan kepada orang ramai khususnya wanita muda mengenai tawaran Pakatan Rakyat kepada orang muda.
"Di Bukit Bintang ini ramai wanita muda yang pastinya merupakan pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13," katanya.
Sebelum ini, bersempena sambutan Tahun Baru Cina, mereka mengedarkan limau di KL Sentral.
Selain di Kuala Lumpur, Gelombang Epal Hijau turut diadakan di Terengganu, Perak dan Kelantan pada hari ini.
Lapan tawaran Pakatan Rakyat kepada orang muda ialah:
1. Penurunan harga kereta
2. Pelaburan kewangan mesra rakyat
3. Tabung kebajikan suri rumah
4. Pendidikan percuma
5. Rumah pertama wanita
6. Wifi percuma
7. Hapus tol untuk rakyat
8. Memperkenalkan gaji minima
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.