HALAMAN SANTAI

Isnin, 4 Februari 2013

Penduduk kawasan KM Sabah paling mundur, berisiko dihalau

Oleh Sidiqin Omar

SABAH: Penduduk kawasan Ketua Menteri Sabah, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga dianggap paling mundur dan berisiko dihalau berikutan penempatan tersebut dikategori ‘setinggan berdaftar’.

“Hasil lawatan mendapati kawasan Ketua Menteri ini boleh diketegori kawasan mundur dan amat miskin.

“Mereka terus dihimpit dengan masalah pemilikan tanah. Penduduk di sini berdepan risiko dihalau tanpa notis dan pampasan oleh kerajaan Umno BN Sabah,” kata Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail.

Delegasi Srikandi KEADILAN mengedar risalah dan ceramah kelompok di DUN Sungai Sibuga, Tinisu 2 di bawah pentadbiran Ketua Menteri Sabah.
Delegasi Srikandi KEADILAN mengedar risalah dan ceramah kelompok di DUN Sungai Sibuga, Tinisu 2 di bawah pentadbiran Ketua Menteri Sabah.

Beliau bersama delegasi melawat lebih 200 rumah di Kampung Tinusa 2, Sabtu lalu sempena siri kedua Jelajah Serikandi KEADILAN Sabah yang bermula 31 Januari dan berakhir hari ini.

Menurut Siti Aishah, kawasan tersebut terlalu kotor dan tidak terurus, malah tanpa aspek keselamatan.
Dalam pada itu, Srikandi memperingatkan kerajaan Sabah khususnya Ketua Menteri mengehentikan politik ugut dan samseng terhadap rakyat.

Difahamkan, bantuan atas nama kerajaan digunakan sebagai ugutan agar rakyat Sabah tidak bangkit membuat perubahan, lebih-lebih lagi ketika kempen ‘Tukar’ yang semakin kuat di negeri itu.

“Rakyat semakin cerdik dan berani menuntut hak mereka yang dinafikan selama ini. Mereka tidak mampu diperbodohkan lagi oleh taktik politik kotor.

“Dengan semangat ‘inikalilah’, Srikandi akan membantu menyumbang ke arah kemenangan Pakatan Rakyat di Sabah,” kata Siti Aishah.

Tiada ulasan: