NAMPAKNYA semakin gelabah puak-puak mereka untuk mencari sokongan.
Boleh dikatakan semua jabatan, mungkin termasuk dari KEMAS sendiri sudah
tidak yakin dengan parti sekular peninggalan penjajah ini. Sehari dua
ini kecoh mereka berbangga dengan sokongan geng-geng restoren mamak.
Melucukan.
Kita tidak kisah mereka mahu cari siapa saja untuk sokong mereka kerana
kita tahu yang menyokong mereka semuanya ada sebab musabab yang ada
kaitan dengan perut masing-masing. Dulu kisah Restoren Ikan Bakar
Sekincan mahu cari makan dengan menjadi pencacai dan pengampu kepada
parti keris telanjang tidak bersarung ini. Akhirnya, Restoren Ikan
Bakar 'hangus terbakar', lingkup dan ghuyub. Pemimpin parti tetap
senang lenang sambil mengagihkan wang dan kekayaan rakyat sesama mereka.
![]() |
| Jangan cari penyakit |
Kali ini kumpulan restoren mamak tongkang mana pula yang mahu jadi balaci kepada parti yang nazak tersebut. Kita mahu nasihatkan kumpulan restoren ini agar belajar dari Restoren Ikan Bakar Sekinchan. Jangan menyusahkan diri sendiri bergantung kepada dahan yang reput dan telah dimakan anai-anai itu, nanti menyesal kemudian hari. Jangan sampai rakyat boikot restoren kamu sepanjang hayat dan jangan kebencian rakyat kepada parti sekutu Apco itu berjangkit kepada kamu, wahai mamak restoren.
Jika mahu berniaga buatlah cara mahu berniaga. Di dalam keadaan
sekarang, silap langkah kamu akan menyesal seumur hidup. Telah banyak
bukti boleh kita tunjukkan betapa mereka yang sanggup menjual maruah
diri dengan sanggup jadi pencacai tidak senang setara mana. Bahkan,
mereka terus merana dan yang senang lenang puak perasuah tu juga.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.