HALAMAN SANTAI

Jumaat, 5 April 2013

Hadi: Kejutan akan berlaku di Johor, Pahang dan Perlis

 
Saluran satu dan dua iaitu saluran untuk pengundi muda di mana 30 peratus ini untuk parti (PAS) yang akan mengalahkan BN, kata Presiden PAS.



PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS akan membenarkan DAP menggunakan simbol parti Islam itu ada pihak yang melarang DAP menggunakan simbol partinya dalam pilihan raya umum ke 13 ini.

“Kita izinkan DAP menggunakan simbol PAS jika tidak boleh menggunakan parti sendiri.” katanya dalam sidang media di Terengganu.

Pendaftar Pertubuhan sedang menyiasat mengenai aduan dari ahli DAP mengenai penyelewengan pimpinan parti November lalu.

Presiden PAS berkata,  beliau menyerahkan kepada parti untuk menentukan sama ada beliau dicalonkan bertanding atau tidak dalam PRU 13.

Beberapa bulan lalu, Abdul Hadi pernah dilaporkan sebagai berkata, beliau tidak mahu dicalonkan kerana mahu memberi laluan kepada muka baru.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin utama PAS membantah hasrat tersebut dengan alasan khidmatnya masih diperlukan.

Dalam sidang media itu,  Abdul Hadi berkata, beliau yakin akan berlaku kejutan di beberapa negeri termasuk Johor,Perlis dan Pahang.

“Saluran satu dan dua iaitu saluran untuk pengundi muda di mana 30 peratus ini untuk parti (PAS) yang akan mengalahkan BN.

“Gelombang orang muda di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis ini sangat hebat,” tambahnya.
Dalam pada itu, Abdul Hadi mengumumkan PAS akan meletakkan calon keturunan Iban bertanding kerusi parlimen di Sarawak.

Pilihan raya kerusi DUN tidak diadakan di Sarawak kerana telah dibuat tahun lalu.

Tiada ulasan: