Shahbudin Husin
Sementara
tarikh pembubaran Parlimen masih menjadi penantian bagi rakyat, Najib
selaku Pengerusi BN dan Presiden UMNO dilaporkan menghabiskan banyak
masanya selama (Jumaat) untuk menemui ketua parti-parti komponen dan
Pengerusi Perhubungan UMNO negeri-negeri bagi memuktamadkan senarai
akhir calon yang bakal dipilih bagi pilihanraya akan datang ini.
Beberapa
ketua parti komponen dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dilihat
keluar maasuk menermui Najib di Bangunan Perdana Putra dan
sebahagiannya dikatakan mengambil masa lebih satu jam untuk mengadakan
perbincangan mengenai senarai calon itu.
Tidak
seperti sebelumnya, baik di zaman Mahathir mahu pun Pak Lah, biasanya
perbincangan mengenai calon ini dilakukan selepas pembubaran Parlimen
diumumkan tapi Najib dilihat mengambil pendekatan sebaliknya iaitu
menyelesaikan dahulu isu pemilihan calon sebelum pembubaran Parlimen
diumumkan.
Langkah
ini dipercayai diambil Najib kerana sebaik pembubaran diumumkan, beliau
mahu menghabiskan sepenuh masa yang ada untuk turun ke negeri-negeri
menemui rakyat dan memastikan kemenangan BN.
Beliau juga akan memberi lebih tumpuan kepada Selangor kali ini dan menjadikan ianya sebagai keutamaan selain mengekalkan Putrajaya.
Beliau juga akan memberi lebih tumpuan kepada Selangor kali ini dan menjadikan ianya sebagai keutamaan selain mengekalkan Putrajaya.
Sehingga
isu pemilihan calon ini tidat dapat diselesaikan dengan sebaiknya,
Najib dikatakan tidak akan membubarkan Parlimen dan inilah antara
faktor yang menyebabkan beliau masih tidak berbuat demikian meskipun
DUN Negeri Sembilan sudah pun terbubar secara automatiknya pada 28 Mac
lalu.
Pertemuan
semalam dilaporkan kritikal dan Najib dipercayai akan mengambil masa
beberapa hari lagi untuk menemui ketua-ketua parti komponen BN dan
Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri-Negeri bagi menyelesaikan isu calon
itu. Ia mungkin bersambung lagi pada hari ini dan berlarutan sehingga
minggu depan.
Pihak yang dekat dengan UMNO memberitahu, Najib mendapat tekanan yang kuat daripada beberapa ketua parti komponen dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri untuk menyenaraikan calon masing-masing yang terdiri daripada pemimpin UMNO bahagian serta daripada kalangan wakil rakyat yang sudah berkhidmat beberapa penggal. Alasan yang dihujahkan mengapa mereka mahu terus dikekalkan ialah kerana pengaruh di kawasan masing-masing dan bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya sabotaj jika mereka terbabit digugurkan.
Pihak yang dekat dengan UMNO memberitahu, Najib mendapat tekanan yang kuat daripada beberapa ketua parti komponen dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri untuk menyenaraikan calon masing-masing yang terdiri daripada pemimpin UMNO bahagian serta daripada kalangan wakil rakyat yang sudah berkhidmat beberapa penggal. Alasan yang dihujahkan mengapa mereka mahu terus dikekalkan ialah kerana pengaruh di kawasan masing-masing dan bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya sabotaj jika mereka terbabit digugurkan.
Tindakan
beberapa Pengerusi Perhubungan UMNO yang masih mahu menyenaraikan
calon-calon lama dan berusia itu dikatakan menimbulkan rasa kurang
senang Najib kerana beliau mahu segera mengaplikasikan keinginannya
meletakkan calon-calon muda dan baru yang disifatkannya “winnable” di
banyak kawasan dalam pilihanraya kali ini.
Namun
apabila Najib diberitahu bahawa tindakan menggugurkan ramai calon-calon
lama dan berusia bakal memungkinkan berlakunya sabotaj, bilik gerakan
ditutup, jentera parti tidak bergerak dan berlakunya kemerosotan
sokongan, beliau kini dilaporkan perlu menilai semula banyak perkara
mengenai pemilihan calon ini bagi menyeimbangkan antara kemenangan yang
boleh dicapai dan hasrat meletakkan calon-calon yang “winnable”.
Isu calon
juga dilaporkan masih menghantui dalam perbincangan dengan beberapa
parti komponen di mana masing-masing dilaporkan mengemukakan pelbagai
tuntutan yang sesetengahnya turut memeningkan kepala Najib sendiri
terutama dari segi pemilihan kerusi yang mahu ditandingi.
Apa yang
menarik dalam pilihanraya kali ini ialah meskipun persaingan dijangka
getir hampir di semua kawasan Parlimen dan DUN tetapi keghairahan di
kalangan pemimpin UMNO peringkat bahagian untuk menjadi calon turut
meningkat sama. Bagi yang sudah bergelar wakil rakyat pula, ramai yang
masih mahu dikekalkan meskipun sudah berkhidmat melebihi dua atau tiga
penggal. Ada pemimpin UMNO bahagian mempunyai keghairahan tahap maksima
untuk menjadi calon walaupun diketahui kawasan yang diintainya itu
sudah diwakili oleh pembangkang sejak beberapa penggal lalu.
Ada pula yang melobi siang malam untuk menjadi calon di sesuatu kawasan walaupun harapan untuk menang amat tipis kali ini.
Sebenarnya
terdapat beberapa faktor mengapa ramai pemimpin UMNO ghairah mahu
menjadi calon. Ada kerana mahu berkhidmat, ada kerana kemaruk dengan
gelaran YB dan disanjung di sana-sini, ada kerana untuk kepentingan
perniagaan dan ada pula yang menjadikan tiket wakil rakyat sebagai
landasan mengaut kemewahan dalam hidup. Bagi kawasan yang sukar untuk
menang pula, ada yang ghairah mahu menjadi calon kerana merasakan
inilah masanya untuk membuat “sedikit duit” sebab masa kempen itu nanti
pelbagai sumbangan dan bantuan kewangan boleh dikaut daripada pelbagai
sumber.
Dengan
hanya menggunakan sebahagian saja sumbangan kewangan yang diperolehi
untuk tujuan kempen, manakala selebihnya dijadikan simpanan peribadi,
sebenarnya peluang menjadi calon pilihanraya juga boleh menjadi tiket
untuk mengumpul kekayaan secara mudah bagi golongan ini.
Sumber
yang dekat dengan UMNO itu memberitahu lagi, perbincangan mengenai
calon ini mungkin memakan masa beberapa hari atau minggu lagi untuk
diselesaikan dan selagi kemelut calon ini tidak dapat diselesaikan,
selagi itulah tarikh pembubaran Parlimen tidak akan diumumkan.
Memandangkan
Najib masih masih ada masa sehingga tarikh 28 April sehingga Parlimen
terbubar dengan sendirinya dan ulangtahun keempat beliau menjadi
Perdana Menteri pula ialah pada 3 April, ramai yang menjangkakan tarikh
yang menjadi pilihan Najib untuk membubarkan Parlimen ialah antara 3
April hingga 28 April.
Penulis
pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan 90an, pernah
juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro
Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008
menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju. Telah
menghasilkan dua buah buku politik bertajuk Najib PM Terakhir…dan
Kesilapan-Kesilapan Najib.Beliau memiliki laman blog di
shahbudindotcom.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan