MALAYSIA KINI
Menteri
besar sementara Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, PAS
berkemungkinan menjadi parti pertama yang akan melangkah keluar
daripada Pakatan Rakyat jika mereka berjaya mentadbir Putrajaya.
Beliau yang mempertahankan kerusi dewan undangan negeri (DUN) Rantau meramalkan perkara tersebut kerana jurang ideologi yang terlalu besar antara PAS dan DAP, sekutunya dalam gabungan pembangkang.
"Saya
yakin kalau PAS tak keluar pun dia akan berpecah kerana terdapat
pertentangan ideologi yang amat berlainan antara parti PAS dan DAP,"
katanya sewaktu berucap kepada peneroka tanah rancangan Felda Sendayan,
Labu pagi tadi.
Menurutnya, Pakatan sendiri adalah gabungan yang amat lemah disebabkan perbezaan ideologi berbanding BN yang menurutnya kukuh walaupun terdiri daripada 17 parti komponen.
Majlis yang menarik kira-kira 2,000 hadirin itu turut disertai timbalan perdana menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan hampir sebahagian besar calon-calon BN di Negeri Sembilan.
Seramai 937 orang turut menerima bantuan pembancuh kuih elektrik, ketuhar elektrik, alatan pancing dan alat pertanian hidroponik dalam majlis itu.
Beliau yang mempertahankan kerusi dewan undangan negeri (DUN) Rantau meramalkan perkara tersebut kerana jurang ideologi yang terlalu besar antara PAS dan DAP, sekutunya dalam gabungan pembangkang.
Menurutnya, Pakatan sendiri adalah gabungan yang amat lemah disebabkan perbezaan ideologi berbanding BN yang menurutnya kukuh walaupun terdiri daripada 17 parti komponen.
Majlis yang menarik kira-kira 2,000 hadirin itu turut disertai timbalan perdana menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan hampir sebahagian besar calon-calon BN di Negeri Sembilan.
Seramai 937 orang turut menerima bantuan pembancuh kuih elektrik, ketuhar elektrik, alatan pancing dan alat pertanian hidroponik dalam majlis itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.