KL TODAY
PASIR MAS:
Kalau di Rantau Panjang rakyat dari negara jiran diisytihar menyertai
Umno, sebaliknya di sini pula penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
diuar-uarkan keluar PAS. Mungkinkah itu langkah terdesak Ketua Umno
Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat sehingga menggunakan nama pemohon BR1M
bagi diisytihar menyertai Umno.
Jurucakap Pondok Tal Tujuh berkata, anak seorang penghuni pondok diminta hadir pada program anjuran Umno di Tendong.
Katanya, pada awalnya mereka mahu ramai anak muda pondok hadir pada program berkenaan, namun hanya seorang sahaja yang datang.
“Lagi pun pemuda terbabit bukan lagi tinggal di kawasan pondok selepas berkahwin beberapa bulan lalu.
“Keluarganya memberitahu pemimpin Umno terbabit menggunakan borang BR1M bagi mengumumkan pemuda berkenaan menyertai Umno.
“Apa yang
sebenar berlaku tiada yang menyertai Umno. Jauh sekali 70 pelajar
Pondok Tal Tujuh menyertai Umno seperti disiarkan akhbar hari ini,”
katanya di sini.
Beberapa akhbar menyiarkan gambar seorang pemuda dilihat seperti menyerah borang menyertai Umno kepada Ketua Bahagian Pasir Mas.
Hanafi
dilaporkan berkata, lebih ramai rakyat terutamanya golongan muda
terbuka hati menyertai Umno, sebagai bukti BN mampu membela nasib
rakyat.
Seorang
lagi penghuni pondok terbabit berkata, Umno Pasir Mas terpaksa
melakonkan adegan menggunakan seorang bekas pelajar pondok kononnya
menyerah borang menyertai Umno.
Katanya, perbuatan itu benar-benar mencemar imej pondok kerana mencipta perkara yang tidak wujud.
Sementara
itu dalam perkembangan lain, Umno Pasir Mas dikatakan bergolak semula
ekoran anggota parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali disebut bertanding di
kerusi parlimen Pasir Mas.
Satu sumber memberitahu Hanafi dikatakan terpaksa mencari kerusi lain yang lebih selamat, antaranya berpindah ke Dun Tendong.
Sedangkan katanya, kehadiran Ibrahim menyebabkan beberapa nama lagi dalam Umno Pasir Mas terpinggir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan