Halaman

Selasa, 2 April 2013

Pertarungan antara Guan Eng, Chang Yeow tidak akan berlaku

Oleh Opalyn Mok

 Teng bertegas semalam dia mempunyai hak untuk menentukan kerusi negeri untuk pertarungan tersebut dengan Lim yang mana ia dilihat sebagai salah satu strategi untuk menyingkirkan ketua menteri tersebut. - Gambar fail GEORGE TOWN — Tiada pertarungan satu lawan satu antara Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada Pilihan Raya 2013 melainkan Teng bersetuju untuk turun bertanding di kerusi Air Putih.

Lim memberitahu wartawan hari ini kemungkinan akan mempertahankan kerusi Dun Air Putih yang disandangnya selepas Teng enggan berganjak dengan syaratnya dimana beliau mahu menentukan kerusi bagi pertarungan dengan ketua menteri Pakatan Rakyat (PR) tersebut.

Pemimpin utama DAP itu pada minggu lalu telah menerima cabaran Teng untuk berlawan satu lawan satu dan kemudiaannya mencabar Pengerusi BN Pulau Pinang tersebut bertanding di kerusi Padang Kota.

Padang Kota merupakan kerusi yang disandang Teng sebelum ini, dimana beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selama tiga penggal sebelum kemudiaannya tewas kepada pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow pada 2008 dengan majoriti sebanyak 1661.

Namun Teng bertegas semalam mempunyai hak untuk menentukan kerusi negeri untuk pertarungan tersebut dengan Lim yang mana ia dilihat sebagai salah satu strategi untuk menyingkirkan ketua menteri tersebut.

Lim berkata hari ini akan kembali ke perancangan asalnya mempertahankan kerusi DUN Ais Putih dan kerusi Parlimen Bagan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.