HALAMAN SANTAI

Selasa, 2 April 2013

Petronas akan terima kesan buruk dari janji Pakatan, kata Najib

Oleh Syed Jaymal Zahiid

KUALA LUMPUR— Janji Pakatan Rakyat (PR) untuk meningkatkan royalti minyak kepada negeri-negeri dan harga minyak rendah akan memberi kesan buruk kepada syarikat minyak negara Petronas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menegaskan polisi minyak PR dalam manifesto akan menguatkan campurtangan kerajaan dalam operasi syarikat minyak negara dan melemahkan kemampuan syarikat minyak itu untuk berkembang dan melabur.

“Terdapat orang diluar sana dengan manifesto tidak masuk akal yang saya katakan bertentangan dengan cara pengurusan berhemat kita.. harga gas dan minyak kita adalah antara yang terendah di dunia tetapi mereka masih mahu menurunkannya lagi,” kata Najib di hadapan 4,000 pekerja Ptronas di sini.

“Apa akan jadi jika mereka meningkatkan royalti kepada 20 peratus? Ia bermakna kemampuan Petronas untuk melabur di tempat lain akan terjejas,” katanya.

Tiada ulasan: