Prof. Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Apabila
kita membaca Sirah Nabi s.a.w kita merasa betapa kita umat Islam
khususnya kepimpinan negara-negara umat Islam amat jauh dari mengambil
teladan dari sirah baginda yang agung. Sekalipun nama Nabi Muhammad
s.a.w itu sering digunakan oleh pelbagai pihak termasuk golongan
politik, namun realitinya kita lebih banyak menggunakan lebel dari
mengambil isinya. Menjelang pilihanraya, tentu pelbagai pihak akan
menyebut nama Nabi s.a.w seakan merekalah yang paling dekat dengan
ajaran baginda.
Ada yang
mengaku keturunan Nabi s.a.w untuk menebalkan poket dan mendekatkan
diri kepada penguasa. Ada yang mengakui kononnya ‘salafi’ bermanhaj
salaf konon padahal merekalah yang menyimpang dari maqasid agama yang
dibawa oleh Nabi s.a.w. Ada yang membangkitkan soal perkauman, lalu
menyatakan perjuangannya diajar oleh Nabi s.a.w. Golongan politik pula
akan menggunakan sesiapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menguntung
kehendak politik mereka. Jika nama Nabi s.a.w boleh dijual, mereka
mungkin akan menjualnya untuk mendapatkan untung politik.
Tidak Pelik
Kita
jangan hairan jika orang politik mempunyai pelbagai watak terutama
musim pilihanraya ini. Kita mungkin melihat mereka bagaikan wali yang
suci dengan penuh tawaduk bersujud di depan khalayak ramai dan media.
Kemudian kita juga mungkin mendapati mereka penuh kerakusan kuasa,
meratah harta awam, membohongi rakyat jelata, berjanji dusta dan menipu
semahunya. Kesemuanya mungkin bagi yang menjadikan kuasa matlamat
kehidupan mereka. Tidak kira apa jenama parti sekalipun, jika penyakit
gila kuasa bersarang dan menguasai salur darah dan nafas seseorang, dia
ketagih kuasa dan mungkin melakukan apa sahaja.
Hudaibiyah
Saya amat
kagum dengan kejujuran Nabi s.a.w dalam melaksanakan janji yang
menterai dan tidak pernah khianat kepada persetujuan yang dibuat.
Perjanjian Hudaibiyah yang dibuat pada tahun keenam hijrah antara bukti
yang mengkagumkan. Ramai juga sahabat tidak bersetuju dengan isi
perjanjian tersebut yang dimenterai antara Nabi s.a.w dengan kaum
Quraish Mekah yang terkenal sejak dari hari awal terus menerus memerangi
Islam. Suhail bin ‘Amr mewakili pihak Quraish bagi memeterai
perjanjian tersebut. Antara isi perjanjian yang dipersetujui yang ialah
sesiapa dalam kalangan Quraish yang pergi kepada pihak Muhammad (kaum
muslimin di Madinah) tanpa keizinan keluarganya hendaklah dipulangkan
kepada pihak Quraish. Sesiapa dalam kalangan mereka yang bersama
Muhammad yang pergi kepada pihak Quraish, tidak dipulangkan kepada
pihak Muhammad’. (Isi perjanjian ini disebut dalam pelbagai riwayat
dari al-Bukhari, Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dll).
Nabi s.a.w
telah bersetuju dengan kandungan perjanjian ini. Ditakdirkan semasa
perjanjian dimeterai, anak Suhail bin ‘Amr sendiri yang dipanggil Abu
Jandal yang menganut Islam datang kepada Nabi s.a.w dalam keadaan
dirantai kerana disiksa oleh bapanya. Dia berjaya melarikan diri dari
kepungan lalu datang mendapatkan Nabi s.a.w dan kaum muslimin. Kata
Suhail kepada Nabi s.a.w: “Wahai Muhammad! Ini perkara pertama yang aku
tuntut engkau laksanakan bagi perjanjian ini, engkau hendaklah
kembalikan dia kepadaku”. Nabi s.a.w cuba memujuk Suhail dengan
pelbagai cara agar mengecualikan kes Abu Jandal ini. Namun Suhail tetap
berkeras dengan isi perjanjian tersebut. Para sahabat begitu sedih
melihat Abu Jandal yang menganut Islam tetapi disiksa dengan begitu
dahsyat oleh bapanya. Dia dirantai dan dipukul.
Baginda Nabi s.a.w terpaksa mengembalikan Abu Jandal kepada bapanya disebabkan perjanjian tersebut. Abu Jandal menjerit dengan suara yang kuat menyebut: “Wahai kaum muslimin! Tergamak kamu mengembalikan daku kepada puak syirik yang akan menyiksa daku kerana agamaku?!”. Rasulullah s.a.w bersabda kepada Abu Jandal: “Wahai Abu Jandal! Bersabar dan haraplah pahala. Sesungguhnya Allah akan menjadikan untuk engkau dan mereka yang tertindas bersamamu jalan keluar. Kita telah mengikat perjanjian dengan kaum Quraish. Kita terpaksa patuh dan mereka juga kena patuh. Kita sama sekali tidak mengkhianati mereka”. (Riwayat Ahmad dan sebahagiannya dari al-Bukhari dan Ibn Ishaq).
Janji Ditepati
Baginda Nabi s.a.w terpaksa mengembalikan Abu Jandal kepada bapanya disebabkan perjanjian tersebut. Abu Jandal menjerit dengan suara yang kuat menyebut: “Wahai kaum muslimin! Tergamak kamu mengembalikan daku kepada puak syirik yang akan menyiksa daku kerana agamaku?!”. Rasulullah s.a.w bersabda kepada Abu Jandal: “Wahai Abu Jandal! Bersabar dan haraplah pahala. Sesungguhnya Allah akan menjadikan untuk engkau dan mereka yang tertindas bersamamu jalan keluar. Kita telah mengikat perjanjian dengan kaum Quraish. Kita terpaksa patuh dan mereka juga kena patuh. Kita sama sekali tidak mengkhianati mereka”. (Riwayat Ahmad dan sebahagiannya dari al-Bukhari dan Ibn Ishaq).
Janji Ditepati
Demikianlah
setianya Nabi s.a.w kepada perjanjian. Walaupun para sahabat ramai
yang tidak bersetuju dan mencadangkan peperangan, namun bukanlah
seorang nabi jika baginda mengkhianati perjanjian. Memamng, jika kaum
muslimin memilih perang kemungkinan besar mereka boleh menang, buktinya
dua tahun kemudian disebabkan Quraish sendiri yang melanggar
perjanjian, Nabi s.a.w pun menawan Mekah pada tahun kelapan hijrah.
Namun Nabi s.a.w tidak memilih perang atas strategi politik baginda yang
kemudiannya terbukti amat berkesan.
Jika
perjanjian dengan musuh Islam dipatuhi oleh Nabi s.a.w tanpa khianat,
apatah lagi jika kita berjanji sesama muslim ataupun antara pemerintah
dan rakyat. Setiap pihak, terutama yang mengaku muslim, yang sering
menggunakan nama Nabi Muhammad s.a.w lebih wajar untuk mematuhi
persetujuan yang disepakati.
Setiap parti dalam negara ini sudah ada kerajaan samada pusat ataupun negeri. BN dan PR juga sama. Pada musim piliharaya, mereka tidak boleh menggunakan harta negara ataupun negeri yang menjadi milik semua untuk kepentingan parti mereka. Kereta kerajaan, harta kerajaan dan kemudahan kerajaan tidak boleh digunakan secara khusus untuk kempen kepentingan diri ataupun parti.
Khianat
Setiap parti dalam negara ini sudah ada kerajaan samada pusat ataupun negeri. BN dan PR juga sama. Pada musim piliharaya, mereka tidak boleh menggunakan harta negara ataupun negeri yang menjadi milik semua untuk kepentingan parti mereka. Kereta kerajaan, harta kerajaan dan kemudahan kerajaan tidak boleh digunakan secara khusus untuk kempen kepentingan diri ataupun parti.
Khianat
Mereka
tidak boleh datang berkempen diri ataupun parti menggunakan kereta
ataupun apa sahaja harta awam. Bukan semua sokong BN ataupun PR. Jika
yang pro-BN redha, yang pro-PR mungkin tidak redha. Jika yang pro-PR
redha, yang pro-BN mungkin tidak redha. Jika kedua pihak redha meredhai
dalam membelasah harta awam, mungkin mereka yang tidak pro BN atau PR
tidak redha. Maka, mereka jangan khianat amanah yang diberikan di
tangan mereka.
Demikian
juga media awam yang dibayar oleh harta kerajaan, hendaklah bebas dari
kepentingan mana-mana parti politik. Sekian lama sejak merdeka, pihak
penguasa sering ‘merembat’ habis-habisan media-media awam ini, termasuk
TV Hijrah yang kelihatan ‘agama’ yang turut digunakan untuk kempen.
Padahal ia dibiayai oleh harta awam yang menjadi milik bersama.
Dalam
negara demokrasi yang berjanji satu proses pilihanraya yang adil, janji
wajib itu dilaksanakan. Saya akur, telah berlaku usaha pembaikian
pengurusan pilihanraya kita untuk membolehkan ia lebih adil. Kita
hargai. Namun masih ada ruang yang patut dibaiki. Saya tidak fanatik
mana-mana parti. Bukan juga penjilat mana-mana pemimpin kerajaan
ataupun pembangkang. Saya juga tidak beriman dengan kejujuran mana-mana
parti yang sedia ada itu. Namun setiap rakyat memerlukan maklumat yang
saksama untuk dia membuat pilihan.
Media awam
patutnya memainkan peranan tersebut. Jika ada media yang dimiliki oleh
pihak-pihak tertentu, pihak lain juga patut diberikan lessen memiliki
media mereka untuk membolehkan mereka menyiarkan pandangan mereka.
Mana-mana pihak yang sanggup membentuk kerajaan yang memberikan hak
tersebut, wajar disokong.
Akhirnya,
setelah ruang mengenali setiap pihak dibuka secara adil, bermula dari
mereka di universiti sehingga atuk dan tok wan di kampong dapat
berfikir semampunya apa yang menjadi hasrat mereka sebagai rakyat,
mereka pun mengundi. Undian itu mempunyai harga dan maruah diri rakyat.
Percayalah, jika ruang sepenuh dibuka pun, tidak semestinya mereka akan
menukar kerajaan ataupun memilih pembangkang. Jika mereka menukar pun,
itu hak mereka yang diberikan oleh sebuah negara yang adil.
* Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin adalah bekas Mufti Perlis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan