Halaman

Selasa, 2 April 2013

Tangkap dan Ugut Mahasiswa; Gambaran Kecelaruan Kerajaan Umno-BN

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/mahasiswa%20ditahan1.jpg Editor BULETIN

Parti Islam SeMalaysia (PAS) memandang serius dan kesal terhadap siri tindakan-tindakan keras dan melampau yang telah diambil oleh pihak berkuasa di bawah kerajaan Barisan Nasional terhadap para mahasiswa yang juga menjadi rakyat dalam negara kita ini.

Menurut Presiden PAS dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, antara tangkapan dan ugutan dikenakan terhadap kalangan mahasiswa yang ingin menyuarakan rasa hati dan pandangan mereka adalah berhubung cadangan penganjuran debat antara mahasiswa dan Perdana Menteri.

"tangkapan terhadap penuntut Universiti Malaysia Sabah Kampus Labuan ketika mengadakan Speakers Corner dan edaran risalah sekitar Labuan, dan terkini pada 31 Mac di mana lima mahasiswa di tahan di Putrajaya kerana menganjurkan Konvoi dan Himpunan Anak Muda Tolak UMNO-BN (TOLAK).

"siri-siri tindakan yang tidak setara dengan luahan perasaan para mahasiswa ini, disamping tindakan tekanan berasaskan politik kepada kalangan ahli akademik, semuanya ini cukup untuk menggambarkan kecelaruan pihak kerajaan pimpinan UMNO-BN,"ujarnya.

Kekesalan tersebut disuarakan Presiden PAS dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini, Isnin 1 April.

Selain itu, katanya, pelantikan ke jawatan utama universiti yang tidak berasaskan kepada keupayaan kesarjanaan, pelantikan ahli lembaga pengarah universiti awam yang dipertikaikan kelulusannya, merupakan kegagalan kerajaan pimpinan UMNO-BN membawa dunia menara gading ke mercunya yang selayaknya.

"Generasi mahasiswa ini juga wajar dinilai suara hati dan pandangan mereka, kerana merekalah sebenarnya yang sangat terkesan dengan isu-isu sekeliling dan permasalahan ekonomi yang dialami oleh mereka di masa kini dan akan datang,"tambahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.