Makin lama makin banyak kekayaan negara
diangkut ke negara asing. Sehingga kadangkala pekerja asing diihat lebih
dihargai berbanding rakyat tempatan sendiri. Tetapi persoalanya sampai
bila?
Offering higher pay to attract local workers will only upset foreign workers, causing the foreigners to seek employment elsewhere, the royal commission of inquiry into illegal immigrants in Sabah heard today.
Sime Darby Plantation’s executive officer in charge of foreign workers Jakaria Nasiran said this was why the plantation giant continued to pay locals and foreigners the same wage in Sabah, despite claiming to prioritise locals in recruitment.
“(We) don’t want to discriminate against foreigners because we want to retain them. If we give more to locals, the foreigners will run away,” Jakaria said to a question from RCI commissioner Herman Luping.
He also testified that the foreign workers hired by Sime Darby Plantations were “more diligent and productive” than the locals as the foreigners were “more concerned about earning their keep, rather than the nature of the job”.
Jakaria, the 80th witness before the RCI, said 85 percent of the 5,523 workers working on the 45,582 hectares of oil palm plantations Sime Darby operates in Sabah are from Indonesia and the Philippines.
However, the number of foreigners living on the company’s plantations in Sabah is likely three times of that as it includes the spouses and children of the workers.
Sime Darby Plantation pays RM3,500 in levies and fees, per foreign worker, to manpower agencies and this amount could be reduced if recruitment could be done through government-to-government level, as is done in the peninsula.
Ya…kami memang tidak dinafikan yang
kebanyakan pekerja asing adalah rajin. Semestinya mereka datang ke sini
adalah niat untuk menyara kehidupan di kampung halaman mereka di kampung
contohnya.
Walaubagaimanapun, kami melihatkan
situasi sekarang ini di mana undang-undang buruh di Malaysia teramatlah
kuno, kerana dilihat kurang melindungi kepentingan pekerja tempatan
tetapi lebih menggalakkan FDI.
- Expat masuk Malaysia tanpa ada kawalan, bayar gaji tinggi, insentif seperi di negara asal mereka (cuti bergaji, subsidi sekolah anak dan sebagainya)
- Manakala yang pekerja berkemahiran rendah dibayar gaji murah di mana sama parasnya dengan gaji pekerja tempatan di Malaysia yang kita merasakan masih kecil tetapi semestinya untuk mereka lebih tinggi & “bernilai” apabila ditukarkan ke nilai matawang negara mereka
- Semuanya ini dilakukan tanpa kawalan.
Memang kami sendiri mengakui ada
kalangan pekerja tempatan kalau buat satu-satu projek contohnya, orang
lain pukul 8 sudah “terpacak” di tapak projek untuk memulakan kerja.
Tetapi ada juga kalangan pekerja tempatan yang dilihat
“lenggang-kangkung” di awal pagi, pukul 9 baru nak memulakan kerja.
Tetapi tidak semuanya begitu…..
“Kita tidak boleh pukul rata semua pekerja tempatan begitu”
Dan sampai bila budaya pemalas mahu dicampakkan bebannya kepada pekerja tempatan semata.
Sampai bila? Sedangkan ramai lagi pekerja tempatan kita yang ada
kepakaran dan kualitinya. Tetapi jikalau tidak diberikan peluang
bagaimana mampu mereka menunjukkan potensi dan terus meningkatkan
kemahiran diri daripada masa ke semasa?
- Kita tidak boleh menuduh rakyat Malaysia terutamanya golongan buruh pemalas semata, tetapi hakikatnya gaji kerja buruh terlalu rendah. Tidak berbaloi dengan usaha yang ditaburkan.
- Bukan gaji tinggi adalah penanda aras kejayaan. Walaupun, mereka mendapat gaji rendah tetapi kos sara hidup pun terkawal itupun sudah cukup baik sebenarnya buat mereka
- Ini bumi Malaysia, ini negara mereka. Mereka mahu keringat mereka lebih dihargai berbanding pekerja asing.
- Cuba kalau kita hantar mereka ke USA, negara-negara blok Eropah untuk kerja buruh, petik buah-buahan di New Zealand, pencuci tandas di Britain, agak-agak apabila mereka pulang semula ke Malaysia berbaloi atau tidak?
- Nah…itulah realitinya berlaku di kepada pekerja-pekerja asing Banglasia, Indonesia, dan lain-lain yang berpusu-pusu bekerja di Malaysia
- Sebab mereka tahu, apabila mereka pulang, mereka akan jadi lebih “loaded”
Begitu juga kalangan 3 juta anak-anak muda lepasan SPM yang terbiar tiada arah tujunya.
Masuk universiti tidak dapat, masuk kolej tidak diterima, menelaah
teori semata bukan potensi yang ada dalam diri mereka.
Mereka ini kami
pasti ada kemahiran yang belum lagi berjaya dicungkil oleh mana-mana
pihak untuk digilap. Apabila mereka terbiar, tiada pendapatan untuk
kelangsungan hidup, mulalah terjebak dengan kegiatan-kegiatan yang tidak
berfaedah. Akhirnya siapa yang rugi?
“Sayang sekali jika senario seperti ini dibiarkan berterusan”
Kami pasti jikalau daripada sekarang
tidak dimulakan sepenuhnya usaha untuk menggunakan sumber kemahiran
orang tempatan, rakyat Malaysia, kami yakin dan percaya berita sebegini
akan terus berkumandang untuk tempoh beberapa tahun daripada sekarang.
Ayuh!!! Masih belum terlambat lagi…Apa lontaran pendapat anda pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.