Ketua Pemuda Pas Gombak, Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata demikian mengulas kenyataan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menyelar tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencerca calon PKR tanpa bukti pada kempen PRU13.
Menurutnya, beliau bimbang konflik dalaman parti komponen dijadikan bahan melaga-lagakan sesama parti oleh Umno-BN.
“Kami tidak kisah AMK mengkritik mana-mana pimpinan Pas, tetapi perlu menggunakan saluran dalaman yang menjadi amalan kita selama ini.
“Kami tidak kisah jika ia datang dari media Umno-BN tetapi kali ini AMK yang menghentam Presiden Pas secara terbuka,” katanya melalui kenyataan media yang dikeluarkan, semalam.
Katanya, AMK seharusnya menjadikan pengalaman calon lompat parti semasa PRU12 sebagai pengajaran sehingga menyebabkan Perak dirampas BN.
“PR dimalukan dengan insiden wakil PKR keluar parti seperti Parlimen Bayan Baru, Nibong Tebal, Wangsa Maju, Parlimen Bagan Serai dan Kulim-Bandar Baru.
“Ini bukan sahaja pengkhianatan kepada rakan PR, malah pengkhianatan terhadap mandat rakyat menyebabkan perkara calon sering diingatkan oleh Abdul Hadi,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.