MSO
Mungkin kalau tidak ada himpunan Blackout505 kita tidak
mengetahui adanya perjanjian sulit di antara Najib Razak dengan Anwar
Ibrahim untuk saling hormati menghormati proses pilihan raya dari cara
berkempen membawa kepada keputusan yang bakal diterima kedua-dua pihak.
Hari ini perjanjian sulit yang 'diorangtengahkan' oleh Jusof Kalla telah
terbongkar apabila adanya himpunan Blacout505 yang membantah keputusan
pilihan raya lalu. Himpunan yang diadakan di seluruh negara kecuali
Perlis dan Kelantan itu mendapat sambutan hangat dan ia membimbangkan
pihak UBN.
Kebimbangan kepada kehangatan himpunan itulah menyebabkan Najib terpaksa
mendedahkan perjanjian sulit kononnya di antara beliau dengan Anwar
Ibrahim?
Kebangkitan rakyat khasnya golongan muda begitu
terserlah sekali di mana kalau kebangkitan ini berterusan ia akan
membawa petaka kepada kerajaan UBN. Setidak-tidaknya laungan yang
bergema dan sepadu pada setiap himpunan itu akan menganggu tidur Najib
dan pemimpin UBN lain.
Paling dibimbang kehadiran atau komitmen anak-anak muda Cina dalam
himpunan berkenaan begitu ketara sekali. Mereka keluar beramai-ramai
seakan-akan mahu memprotes sampai habis. Semacam sudah ada satu perasaan
benci oleh orang Cina kepada kerajaan UBN hari ini. Seperti saya duga,
tindakan Najib tidak melantik orang Cina (MCA dan Gerakan) dalam kabinet
menimbulkan kemarahan. Mereka tidak tahu bahawa keputusan tidak mahu
dilantik itu oleh MCA dan Gerakan sendiri.
Gara-gara itulah, perjanjian sulit yang dikatakan berlaku pada Arpil
2013 itu akhirnya pecah dan terbongkar apabila Wall Street Journal (WSJ)
mengadakan intervieu berhubung perkara itu dengan Jusof Kalla. Jusof
Kalla diberi gambaran cuba menyalahkan Anwar kerana tidak menghormati
perjanjian berkenaan. Saya yakin kalau tidak ada protes dan bantahan
Blackout505 pernjajina rahsia itu tidak akan terdedah.
Pendedahan perjanjian itu juga akan memberi konotasi lain kepada pihak tertentu. Kenapa didedahkan kalau ia benar-benar rahsia?
Seperti mana termaktub dalam perjanjian itu, kedua-dua pihak; waima
Anwar dan Najib hendaklah bersetuju menerima apa sahaja keputusan
pilihan raya umum -13. Ertinya kalau Anwar atau Pakatan Rakyat menang
maka Naji hendaklah menerimanya dan begitu juga sebaliknya.
Malangnya seperti mana kata Jusof dilaporkan Anwar enggan menerimanya
keputusan itu. Kata Jusof itu benar, apabila Anwar hadir dan memberi
sokongan kepada himpunan Blacout505 yang khasnya membantah keputusan
pilihan raya. Penolakan dan pemungkiran janji Anwar itu itu atas alasan
BN tidak menghormatui kepada persetujuan semasa kempen pilihan raya.
Salah satu ialah Najib tidak melaksanakan akses media yang telus dan
adil semasa pilihan raya.
Anwar juga menghuraikan berbagai bentuk penipuan lagi yang setengahnya
tidak dapat disahkan. Anwar perlu mengesah dan menunjukkan bukti lebih
konkrit mengenai bentuk dan bukti penipuan. Kalau Anwar dapat
menyediakan bukti kukuh dan syumul pasti penolakan beliau terhadap
perjanjian kononnya sulit itu munasabah dan disokong.
Berhubung perjanjian sulit itu, sehingga setakat ini rakyat masih kabur
dengan matlamat dan tujuan perjanjian itu. Kalau ia benar berlaku secara
rasmi maksudnya Najib dan Anwar berdepan di hadapan Jusof Kalla, ia
perlu didedahkan kepada umum. Sekurang-kurang gambar mereka bertiga di
satu lokasi didedahkan kepada umum sebagai bukti. Peristiwa itu akan
menjawab kepada persoalan yang timbul sekarang ini. Ia juga boleh
melenyapkan dakwaan Anwar hari ini.
Kalau tidak didedahkan orang boleh beranggapan Najib sengaja menggunakan
nama Jusof untuk menegakkan benang basah atau memberi gambaran yang
Anwar tidak ikhlas. Dalam masa terdekat ini juga Najib mesti mendedahkan
apakah kandungan perjanjian selanjutnya. Dengan mengharapkan kepada
pendedahan oleh Wall Street Jorunal semata-mata ia tidak memberi
keyakinan. Kerana media massa asing boleh diperalatkan dan boleh dibeli
lebih dahyat lagi daripada media nasional kita. Sesiapa yang mempunyai
sumber kewangan dan kuasa boleh membeli mana-mana media berpengaruh di
dunia ini.
Sekiranya butir-butir perjanjian dalam pertemuan sulit seperti mana
disebut Anwar itu dikhianati, maka ia wajar dilanggar kerana Najib juga
melanggar perjanjian itu. Umum perhatikan sejauh manakah berlakunya
akses media yang telus dan jujur dalam pilihan raya lalu. Untuk perkara
ini sahaja sudah wajar kalau Anwar melanggar dan tidak menghormati
perjanjian berkenaan.
Jadi di sini Jusof jangan cuba hendak membela mana-mana pihak beliau
harus menjadi orang tengah yang adil dan bukannya tiga daripada lima
hakim yang disebut oleh Hadith yan khianat dan tidak amanah.
Kalau perjanjian itu benar berlaku di antara kedua pemimpin itu, ia juga
bukan mutlak bagi rakyat untuk menerimanya. Perjanjian bukan saja boleh
dilakukan oleh dua individu yang mewakili jutaan orang tetapi mereka
perlulah mendapat mandat rakyat sebagai wakil. Justeru perjanjian itu
bukan genuine.
Sebaik-baiknya ia didedahkan awal-awal dan menjadi piagam bersama.
Dengan hanya menanda tangani sekeping kertas di tempat sulit atau
melalui alam siber ia tidak boleh dipegangpercaya oleh rakyat. Rakyat
yang mempunyai saham langsung dalam pemilihan (pilihan raya) perlu
diberikan maklumat sebenar dan tepat.
Kita menggesa kedua-dua pihak mendedahkan maklumat perjanjian sulit itu
secara telus bagi memudahkan rakyat mengetahui siapa yang jujur dan
siapa yang belut. Apapun perjanjian seperti itu ia tidak akan berlaku
atau terpakai sekiranya ia dibuat oleh Anwar dan Najib sahaja, kerana
demokrasi dan negara ini adalah hak rakyat semuanya. Perjanjian seperti
itu hanya perakuian lisan untuk menyenangkan hati kawan yang mahu
melihat dua kawan duduk bersama.
Dedahlah isi perjanjian sebenar untuk tidak mengelirukan rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.