| Buletin Online, |
KUALA TERENGGANU:
Ketua Penerangan Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak),
Naraza Muda berkata sokongan anak-anak muda generasi kedua Felda
terhadap suatu perubahan amat memberangsangkan pada Pilihanraya Umum
ke-13 baru-baru ini.Menurutnya, keputusan PRU13 menunjukkan masih ada anak-anak Felda yang belum mendapat maklumat sebenarnya tentang isu-isu semasa yang berlaku terutamanya yang melibatkan Felda.
"Kita melihat trend sokongan generasi kedua Felda amat memberangsangkan, kesedaran yang ada bersama anak-anak generasi Felda untuk bangkit membuat perubahan, walau pun tidak keseluruhannya, tetapi pada beberapa tempat.
"Kita menang dalam dua kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) dan satu kawasan parlimen yang ada (Felda)," ujar ketika ditemui.
Katanya, ia menunjukkan satu gelombang besar sudah melanda walau pun tidak sekuat 'reformasi' yang berlaku pada Pilihan raya Umum ke-10 pada tahun 1999.
Oleh itu, beliau akan merangka satu tindakan dalam masa dua tahun bagi memastikan generasi Felda 'celik' maklumat.
"Analisis kedudukan (sokongan di Felda) adalah nisbah 49-51 peratus, kita akan berusaha untuk mengubah kedudukan sehingga 50-50, insya Allah dalam masa dua tahun (selepas PRU13) untuk membentuk masyarakat Felda yang celik maklumat," jelasnya.
Sehubungan itu, Anak akan terus mendesak kerajaan Persekutuan bagi membangukan kehidupan sosioekonomi yang lebih baik kepada anak-anak Felda terutamanya peluang bagi generasi kedua memiliki tanah tapak rumah dan untuk pertanian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.