Naib presiden PKR N Surendran berkata, ia merupakan kes kematian dalam tahanan yang paling buruk pernah dihadapi sepanjang mengendalikan kes hak asasi sejak 15 tahun lalu.
Katanya, seorang suspek orang awam pastinya sudah diberkas untuk jenayah yang lebih ringan, katanya.
Bagaimanapun, tiada tindakan dikenakan ke atas individu yang terlibat dalam kes kematian Dharmendran, yang meninggal dunia di ibu pejabat polis Kuala Lumpur pada 21 Mei lalu, kataya.
“Ahli patologi sudahpun mengesahkan bahawa Dharmendran terbunuh semasa dalam tahanan polis. Mengapa tiada pegawai polis yang ditahan sehingga kini?
“Dalam kes ini, identiti pembunuh sudahpun diketahui. Polis hanya perlu mencari semua pegawai polisyang terlibat menyoalsiasat dan menyeksa Dharmendran,” katanya hari ini.
Beliau menuntut agar penahanan dibuat ke atas pegawai polis berkenaan dengan segera dan agar peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail melakukan pendakwaan ke atas individu berkenaan atas kesalahan membunuh.
Katanya, beliau memberi masa selama 24 jam untuk melihat sama ada polis akan mengambil tindakan dalam tempoh 24 jam sebelum memutuskan sama ada akan menjalankan kempen bantahan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.