| Harakahdaily, |
PETALING JAYA: Kongres PKR hari ini meluluskan usul bagi menangguhkan pemilihan kepimpinan parti itu sehingga bulan November ini.
Mengikut perlembagaan PKR, tempoh pemegang jawatan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) adalah tiga tahun, dan hanya akan berakhir pada November tahun ini.
Saifuddin ketika membentangkan usul itu berkata penangguhan itu bertujuan memberi laluan kepada PKR untuk memperkemaskan strukturnya.
Pada sidang Rabu lalu, Saifuddin menjelaskan, pertimbangan untuk penangguhan itu dibuat kerana jentera parti baharu sahaja berhadapan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) dan perlu membina semula kekuatan parti.
“PRU 13 merupakan satu pertempuran besar yang memakan belanja dan tenaga yang banyak, sebab itu kita perlu menimbangkan sama ada perlu memperkemas semula saf pasukan,” katanya.
Beliau turut memaklumkan, pihaknya sudah Jabatan Pendaftar Pertubuhan ROS berhubung perkara itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.