Walaupun Khalid mentadbir Selangor dengan
cemerlang namun beliau juga perlu membantu gerak kerja setiap Cabang PKR
di negeri ini.
Kongres PKR ke 9
PETALING JAYA: Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail sempat menegur cara kerja Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang terlalu fokus kepada pentadbiran negeri sehingga kehendak akar umbi parti sendiri terabai.
Saifuddin berkata, walaupun tugas Khalid mentadbir Selangor dengan cemerlang tidak dapat dinafikan, namun Khalid juga perlu membantu gerak kerja setiap Cabang PKR di Selangor jika ada sebarang masalah atau keperluan.
“Saya nak beritahu Tan Sri Khalid bahawa kejayaan perlu dikongsi bersama dengan membantu menggerak parti di peringkat Cabang dan negeri apatah lagi beliau dah baca tiga buku politik.
“Menguruskan perbelanjaan negeri itu bagus tetapi harus ada kesimbangan, jangan sampai tak turun langsung.
“Saya percaya Tan Sri Khalid dapat mesej ini,” katanya dalam ucapan penggulungan Kongres PKR ke-9 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian dalam respon beberapa perwakilan kongres yang mahu melihat Abdul Khalid datang ke negeri lain terutamanya Sabah dan Sarawak untuk berkongsi ilmu terutamanya dari segi cara merakyatkan ekonomi seperti yang dilakukannya di Selangor.
Ucapannya itu dibuat sejurus selepas Abdul Khalid yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR selesai membuat ucapan penggulungan.
Katanya, Selangor mempunyai banyak sumber hasil kekayaan tetapi ia tak sampai ke bawah (akar umbi parti).
“Khalifah Umar R.A. pernah berpesan harta yang sedikit kalau dibelanja berhemah itu lebih baik daripada harta banyak tapi belanja boros.
“Nak belanja berhemah pemimpin perlu ada ilmu untuk urus kewangan negeri…(tetapi) jangan sampai kedekut dan tak turun langsung,” tegurnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.