Shahbudin Husin
Timbalan
Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dilaporkan menyambut baik syor mahu
menjadikan BN sebagai parti tunggal pelbagai kaum, tidak lagi seperti
sekarang di mana BN hanyalah merupakan gabungan parti-parti yang
kebanyakannya berasaskan kaum seperti UMNO dengan Melayunya, MCA dengan
Cinanya, MIC dengan Indianya manakala lain-lain parti pula dengan
kepentingan perjuangan masing-masing.
Menurut Muhyiddin, syor itu walaupun baik tetapi perlu kajian mendalam dan sikap berlapang dada semua parti-parti dalam komponen BN. Maknanya, walaupun ia disedari baiknya tetapi tidak mudah diterima oleh semua orang.
Menurut Muhyiddin, syor itu walaupun baik tetapi perlu kajian mendalam dan sikap berlapang dada semua parti-parti dalam komponen BN. Maknanya, walaupun ia disedari baiknya tetapi tidak mudah diterima oleh semua orang.
Sekali
imbas, sikap Muhyiddin ini menggambarkan kesedaran beliau bahawa parti
politik berasaskan kaum semakin tidak diterima rakyat dan mungkin pupus
akhirnya. Sikap masyarakat yang semakin terbuka dan berpendidikan
menyebabkan semakin ramai yang merasakan perjuangan berasaskan kaum
adalah perjuangan yang sempit dan tidak membantu keharmonian negara yang
berbilang kaum seperti Malaysia ini.
Selain
itu, dengan masing-masing parti berjuang hanya untuk kaum masing-masing
lebih mudah menyebabkan timbulnya ketegangan kaum.
Untuk masa
depan Malaysia yang lebih baik, kewujudan BN sebagai parti tunggal
berbilang kaum seharusnya diterima baik. Ia lebih membantu ke arah
pembinaan negara yang stabil dan harmoni. Tetapi sebagai negara yang
majoritinya Melayu dan Bumiputera, keutamaan dan hak dan keistimewaan
orang-orang Melayu seharusnyalah dikekalkan, sejajar dengan peruntukan
yang terdapat dalam Perlembagaan Negara sendiri.
Barangkali
inilah yang dimaksudkan oleh Muhyiddin apabila beliau meminta semua
parti berlapang dada menerima syor ini. Janganlah nanti, masing-masing
menuntut hak sama rata pula tetapi yang pentingnya dengan menjadikan BN
sebagai parti tunggal ini akan menjadikan segala perbincangan dan
tuntutan mengenai kaum dapat dilakukan secara terbuka dan telus, tidak
lagi seperti sekarang di mana dalam mesyuarat UMNO, banyak serangan
seperti nak berperang ditujukan terhadap kaum Cina, India dan
sebagainya dan begitulah juga sebaliknya.
Dalam isu
parti pelbagai kaum ini, saya telah menulis dalam buku Najib Perdana
Menteri Terakhir, kira-kira dua tahun lalu bahawa parti berasaskan kaum
akan ditolak lama-kelamaannya oleh rakyat. Sikap rakyat yang lebih
terbuka sekarang menyebabkan mereka lebih menerima Pas yang berjuang
atas nama Islam, PKR atas keadilan rakyat, DAP berasaskan amalan
demokratik dan sebagainya.
Lagi pula
rakyat semakin luas percampurannya. Mereka bukan saja mencari rezeki
bersama, duduk semeja sewaktu makan dan berhibur, malah sudah semakin
ramai Melayu, Cina dan India yang tinggal serumah. Yang jatuh cinta dan
kahwin campur pun semakin meningkat jumlahnya. Ini bermakna batasan
kaum semakin dipinggirkan.
PAS,
walaupun berasaskan Islam tetapi ia juga menerima kaum-kaum lain
menyertainya. Begitu juga PKR, walaupun lebih condong ke Melayu, ia juga
terbuka kepada pelbagai kaum. Begitu juga DAP, walaupun diketuai Cina
tetapi realitinya ia adalah pelbagai kaum dan boleh disertai oleh
sesiapa saja.
Tuntutan menghapuskan parti berasaskan kaum dan bangsa ini juga sesuai dengan tuntutan zaman. Hampir tidak ada negara du dunia ini lagi yang masih mengamalkan perjuangan berasaskan kaum sepertimana di Malaysia. Ia tidak ada di Amerika, tidak ada di China dan India, tidak ada di Indonesia dan tidak ada juga di pelbagai tempat lainnya.
Tuntutan menghapuskan parti berasaskan kaum dan bangsa ini juga sesuai dengan tuntutan zaman. Hampir tidak ada negara du dunia ini lagi yang masih mengamalkan perjuangan berasaskan kaum sepertimana di Malaysia. Ia tidak ada di Amerika, tidak ada di China dan India, tidak ada di Indonesia dan tidak ada juga di pelbagai tempat lainnya.
Semua
parti-parti politik di negara berkenaan biasanya berteraskan prinsip
dan halatuju yang ingin dicapai dalam perjuangan yang boleh diterima
oleh semua kaum dan bangsa. Tidak ada hanya untuk kaum-kaum tertentu
sahaja.
Muhyiddin
nampaknya sedang mengorak langkah mambawa BN jauh ke hadapan.
Berdasarkan keputusan PRU 13, tidak diragukan lagi jika perjuangan
berasaskan kaum ini diteruskan, kalau pun tidak dalam PRU 14,
lama-kelamaan ia pasti menemui titik nokhtahnya juga. Rakyat telah
menunjukkan penolakan kepada perjuangan berasaskan kaum ini.
Lagi pula,
sementara kita senantiasa diajak bersatu padu dan menjalin hubungan
dengan kaum-kaum lagi, dalam masa yang sama kita juga melakukan
kontradiksi dengan mengagung serta mengutamakan kaum masing-masing
apabila berpolitik. Memang tiada salahnya mengutamakan kaum sendiri
tetapi dengan kewujudan UMNO, MCA dan MIC, perjuangan dan tuntutan
mengenai kaum itu lebih mudah menjadi sesuatu yang melampau dan
menyinggung hati kaum lain.
Akhirnya ketegangan kaum juga lebih mudah meletus.
Cadangan
Muhyiddin ini walaupun mungkin bakal menghadapi tentangan daripada
kelompok tertentu yang oppurtunis dan ekstrem tetapi ia mesti
diteruskan jika BN ingin terus kekal berkuasa. Ia adalah hakikat yang
perlu diterima oleh semua pihak.
Syabas Muhyiddin…nampaknya macam dah dekat nak jadi Pengerusi BN dan Perdana Menteri!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.