Halaman

Selasa, 2 Julai 2013

Anwar: Kadar pengangguran tinggi berbanding diatas kertas

Masdar Wahid

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar pengangguran di negara ini lebih tinggi berbanding dinyatakan kerajaan persekutuan iaitu tiga peratus.

Katanya, ini kerana ada diantara rakyat yang tidak mempunyai pekerjaan namun tidak didaftarkan bagi statistik tersebut.

“Kadar pengangguran patut lebih realistik. Bukan hanya ikut nada politik. Kita ambil contoh kadar pengangguran siswazah mencecah 80,000 orang.

“Saya minta Senator kalau jawab jangan hanya ikut skrip disediakan pegawai semata-mata,” kata Anwar menggamatkan Dewan Rakyat

.dsai

Soalan tambahan itu diajukan Anwar kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Abdul Wahid Omar.

Wahid menjawab soalan Mohamed Azmin Ali (Gombak) bagi pihak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tidak hadir

Azmin meminta Perdana Menteri menyatakan usaha kerajaan menurunkan kadar pengangguran di Malaysia yang statik tiga peratus sejak beberapa tahun lalu.

Najib turut gagal menjawab berhubung program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan menyerahkannya kepada Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

32 ulasan:

  1. Kadar pengangguran negara yang rendah iaitu pada 3.1 peratus adalah bukti kerajaan mampu mengurus ekonomi negara dengan baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    BalasPadam
  2. Beliau berkata kadar pengangguran negara yang rendah itu juga menjadikan Malaysia sebuah negara yang hampir mencapai tahap guna tenaga kerja penuh.

    BalasPadam
  3. Malaysia juga mendahului negara maju lain seperti Sepanyol yang mencatat kadar pengangguran 26.5 peratus, Itali (11.6 peratus), Amerika Syarikat (7.7 peratus), Australia (5.5 peratus) dan Jepun (4.2 peratus),"

    BalasPadam
  4. Lebih 12,000 pekerja mewakili pelbagai kesatuan sekerja, persatuan majikan, jabatan dan agensi kerajaan serta sektor swasta menghadiri majlis itu.

    BalasPadam
  5. Ada negara yang pertumbuhannya meningkat tetapi tidak dapat sediakan peluang pekerjaan kepada rakyatnya. Bagaimanapun, kita (Malaysia) berjaya mengembangkan ekonomi dengan kadar pengangguran rendah 3.1 peratus, dan hampir mencapai guna tenaga kerja penuh."

    BalasPadam
  6. Selain itu, dalam mencapai agenda transformasi negara, usaha meningkatkan jumlah tenaga pekerja mahir dan mengutamakan kebajikan pekerja adalah dua aspek penting bagi mencapai matlamat tersebut

    BalasPadam
  7. Perdana Menteri berkata kerajaan juga menyediakan dasar dan program di sektor awam dan swasta yang dapat mempertingkatkan kemahiran, kompetensi serta keilmuan pekerja.

    BalasPadam
  8. Setakat ini hanya 28 peratus pekerja di Malaysia yang boleh dikategorikan sebagai pekerja mahir, dan kerajaan mensasarkan menjelang 2020, angka ini mesti mencapai sasaran 50 peratus, tambahnya.

    BalasPadam
  9. Beliau berkata untuk itu, masyarakat pekerja di negara ini perlu berusaha untuk dikategorikan sebagai pekerja yang mahir, bukan pekerja yang tidak mahir ataupun separuh mahir.

    BalasPadam
  10. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang buat pertama kali muncul di Dewan Rakyat hari ini menyanggah secara berfakta soalan yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) berhubung isu pengangguran di Malaysia.

    BalasPadam
  11. Menjawab soalan tambahan Anwar, beliau menegaskan jawapannya kepada ahli-ahli Parlimen terutama kedudukan kadar tiga peratus pengangguran di negara ini bukan sahaja diketahuinya malah jawapan itu juga berasaskan kepada pengalamannya di sektor swasta.

    Sehubungan itu bekas Ketua Eksekutif Maybank itu berkata, kadar tiga peratus pengangguran di Malaysia merupakan satu kedudukan yang sepatutnya dihormati dan pencapaian itu lebih baik berbanding negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (sembilan peratus) dan United Kingdom (lapan peratus).

    BalasPadam
  12. ''Sebagai contoh pada minggu lalu Naib Presiden Kanan Bank Dunia, Kaushik Basu telah datang ke Malaysia dan beliau mengiktiraf kedudukan ekonomi negara yang begitu baik," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

    Anwar ketika bangkit mengemukakan soalan tambahan telah mempertikaikan kadar pengangguran tiga peratus yang berjaya dicapai oleh Malaysia ketika ini dengan menyatakan angka itu hanya berdasarkan kepada mereka yang berdaftar sahaja.

    BalasPadam
  13. Menjawab satu lagi soalan tambahan Anwar, Abdul Wahid berkata, berdasarkan kajian susulan kerajaan terhadap siswazah-siswazah yang telah menamatkan pengajian, didapati sebahagian besar mereka berjaya mendapat pekerjaan paling lama dalam tempoh dua tahun.

    "Berdasarkan kajian 60 peratus daripada jumlah siswazah yang menamatkan pengajian berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan, 15 peratus lagi melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan baki 25 peratus agak lambat sedikit mendapat kerja yang sesuai," ujarnya semasa menjawab soalan tambahan Anwar yang menyatakan pada masa ini terdapat 80,000 siswazah menganggur - UM

    BalasPadam
  14. MiM : Tahniah kepada Menteri JPM kerana isu dapat disanggah dengan fakta yang tepat. Jika kita teliti secara ilmiah, kita akan dapati bahawa :-

    1. Pencapaian (performance) ekonomi negara merupakan salah satu faktor terpenting di dalam mencorakkan kadar pengangguran di negara ini.

    BalasPadam
  15. 2.Ekonomi negara mengalami transformasi hebat daripada bersifat kodomiti pertanian pada tahun 60-an kepada pembuatan, industri dan IT dengan penyertaan aktif daripada pihak-pihak swasta menjelang tahun 80-an.

    Maka, jika hari ini ekonomi negara sedang giat berkembang, peluang-peluang pekerjaan tentu masih banyak. Malah, kadar pengangguran di Malaysia adalah antara yang terendah di dunia ini dan berjaya dikawal.

    BalasPadam
  16. Seperti turun naiknya ekonomi global, pertumbuhan ekonomi negara turut terjejas akibat krisis minyak dunia pada tahun 1979. Kejatuhan kodomiti utama negara seperti getah dan bijih timah, telah memburukkan lagi keadaan.

    Beberapa pendekatan serta pengubahsuaian besar di dalam dasar-dasar ekonomi negara telah dijalankan oleh kerajaan untuk menangani krisis tersebut.

    BalasPadam
  17. Ekonomi negara pulih pada tahun 1987 dan kembali berkembang. Pada sekitar 1988 – 1990, ekonomi negara mencatitkan pertumbuhan sebanyak 9.3 %, yang tertinggi sejak kemerdekaan. Pendapatan per kapita negara turut bertambah, kewangan negara menjadi stabil, beban hutang luar negara dapat dikurangkan, tahap kemiskinan juga berkurang dan peluang pekerjaan bertambah.

    BalasPadam
  18. Negara membangun dengan pesat di sekitar 1991 – 1997 dengan GDP sebanyak 8.5 % sehinggalah berlakunya krisis matawang Asia pada tahun 1997 yang turut menjejaskan prestasi keseluruhan ekonomi negara. GDP jatuh kepada 7.4% pada tahun 1998, inflasi bertambah, nilai matawang ringgit berkurang dan kadar pengangguran meningkat.

    BalasPadam
  19. Tetapi, seperti krisis ekonomi tahun-tahun sebelumnya, Malaysia bangun kembali dan berjaya mengatasinya. Penubuhan NEAC pada 7hb Januari 1998 dan perlaksanaan 6 dasar pemulihan yang terkandung di dalam plan NERP yang dilancarkan pada 23hb Julai 1998 telah berjaya mengongkong kesan negatif akibat Krisis tersebut. Malah, kadar pengangguran turun kepada 3.1% pada tahun 2000.

    BalasPadam
  20. Jika kita perhatikan, pendekatan serta pengubahsuaian dalam dasar-dasar ekonomi negara telah berjaya mengharungi resesi dunia tahun 80-an, krisis matawang Asia dalam tahun 90-an, isu SARS dan juga peperangan di Iraq pada awal abad ke-20.

    BalasPadam
  21. Dalam erti kata yang lain, kadar pengangguran dapat diminimakan, tidak timbul rasa tidak puas hati serta pemberontakan rakyat terhadap kerajaan yang mentadbir negara dan kita dapat mengembeleng tenaga serta usaha dalam atmosfera yang kondusif dan tenteram. Yang ada cuma suara-suara sumbang parti-parti pembangkang yang sentiasa cemburu dengan kebolehan kerajaan Barisan Nasional.

    BalasPadam
  22. Ironinya, tidak ada pun mana-mana ketika, parti pembangkang memberi sumbangan yang signifikan untuk membantu mensejahterakan rakyat dan negara ini. Yang mereka pandai hanyalah mengkritik, itu sahaja.

    BalasPadam
  23. Inisiatif tingkat kemahiran pekerja pikat pelabur luar negara

    MSC Malaysia bakal mewujudkan sehingga 85,000 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi baru sehingga 2015.

    Ia adalah tambahan kepada 119,000 pekerjaan yang telah diwujudkan daripada inisiatif teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) perdana negara itu setakat akhir 2011.
    Ketua Eksekutif Multimedia Development Corporation (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali, berkata jumlah pekerjaan yang bakal diwujudkan itu berdasarkan kepada peningkatan arah aliran pelaburan ke MSC Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

    “MSC Malaysia terus menerima pelaburan baru dari luar negara, di samping pelaburan domestik yang sekali gus mewujudkan banyak peluang pekerjaan.

    “Pelabur menggemari Malaysia sebagai pusat pengembangan operasi mereka memandangkan kita sentiasa berusaha meningkatkan dan menaik taraf tahap kemahiran pekerja,” katanya pada sidang media selepas majlis pertukaran memorandum persetujuan (MoA) Skim Pengurusan Kebolehpasaran Siswazah-Kem Kerja (JC-GEMS) antara MDeC dengan Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) di Cyberjaya, semalam. Turut hadir ialah ialah Ketua Eksekutif TalentCorp, Johan Mahmood Merican.

    Badlisham berkata, MSC Malaysia menarik pelaburan kira-kira RM3 bilion tahun lalu menerusi tiga teras industri utamanya, iaitu per-kongsian perkhidmatan dan penyumberan luar (SSO), isi kandungan multimedia kreatif dan teknologi maklumat generik.

    BalasPadam
  24. Purata gaji tinggi
    Malah, katanya purata gaji yang diterima pekerja berkemahiran dan profesional dalam industri di bawah MSC Malaysia tahun lalu mencecah RM4,500 sebulan, iaitu jauh lebih tinggi berbanding purata nasional bagi skala pekerjaan sama iaitu RM2,800 sebulan.

    “Pekerjaan baru yang bakal diwujudkan di MSC Malaysia dalam tempoh tiga tahun ini akan berada dalam lingkungan purata gaji berkenaan kerana MDeC kini memberi tumpuan kepada pelaburan bernilai tambah serta membentuk pekerjaan berkemahiran tinggi,” katanya.

    Bagaimanapun, tegasnya pelaburan bermutu tinggi sedemikian hanya dapat dikekalkan jika tenaga kerja tempatan terus meningkatkan tahap kemahiran masing-masing yang membolehkan mereka relevan kepada industri serta berdaya saing di peringkat antarabangsa.

    BalasPadam
  25. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang buat pertama kali muncul di Dewan Rakyat hari ini menyanggah secara berfakta soalan yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) berhubung isu pengangguran di Malaysia.

    Menjawab soalan tambahan Anwar, beliau menegaskan jawapannya kepada ahli-ahli Parlimen terutama kedudukan kadar tiga peratus pengangguran di negara ini bukan sahaja diketahuinya malah jawapan itu juga berasaskan kepada pengalamannya di sektor swasta.

    BalasPadam
  26. Sehubungan itu bekas Ketua Eksekutif Maybank itu berkata, kadar tiga peratus pengangguran di Malaysia merupakan satu kedudukan yang sepatutnya dihormati dan pencapaian itu lebih baik berbanding negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (sembilan peratus) dan United Kingdom (lapan peratus).

    ''Sebagai contoh pada minggu lalu Naib Presiden Kanan Bank Dunia, Kaushik Basu telah datang ke Malaysia dan beliau mengiktiraf kedudukan ekonomi negara yang begitu baik," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

    BalasPadam
  27. Anwar ketika bangkit mengemukakan soalan tambahan telah mempertikaikan kadar pengangguran tiga peratus yang berjaya dicapai oleh Malaysia ketika ini dengan menyatakan angka itu hanya berdasarkan kepada mereka yang berdaftar sahaja.

    Menjawab satu lagi soalan tambahan Anwar, Abdul Wahid berkata, berdasarkan kajian susulan kerajaan terhadap siswazah-siswazah yang telah menamatkan pengajian, didapati sebahagian besar mereka berjaya mendapat pekerjaan paling lama dalam tempoh dua tahun.

    "Berdasarkan kajian 60 peratus daripada jumlah siswazah yang menamatkan pengajian berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan, 15 peratus lagi melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan baki 25 peratus agak lambat sedikit mendapat kerja yang sesuai," ujarnya semasa menjawab soalan tambahan Anwar yang menyatakan pada masa ini terdapat 80,000 siswazah menganggur

    BalasPadam
  28. Tahniah kepada Menteri JPM kerana isu dapat disanggah dengan fakta yang tepat. Jika kita teliti secara ilmiah, kita akan dapati bahawa :-

    1. Pencapaian (performance) ekonomi negara merupakan salah satu faktor terpenting di dalam mencorakkan kadar pengangguran di negara ini.

    2.Ekonomi negara mengalami transformasi hebat daripada bersifat kodomiti pertanian pada tahun 60-an kepada pembuatan, industri dan IT dengan penyertaan aktif daripada pihak-pihak swasta menjelang tahun 80-an.

    BalasPadam
  29. Maka, jika hari ini ekonomi negara sedang giat berkembang, peluang-peluang pekerjaan tentu masih banyak. Malah, kadar pengangguran di Malaysia adalah antara yang terendah di dunia ini dan berjaya dikawal.

    Seperti turun naiknya ekonomi global, pertumbuhan ekonomi negara turut terjejas akibat krisis minyak dunia pada tahun 1979. Kejatuhan kodomiti utama negara seperti getah dan bijih timah, telah memburukkan lagi keadaan.

    BalasPadam
  30. Beberapa pendekatan serta pengubahsuaian besar di dalam dasar-dasar ekonomi negara telah dijalankan oleh kerajaan untuk menangani krisis tersebut.

    Ekonomi negara pulih pada tahun 1987 dan kembali berkembang. Pada sekitar 1988 – 1990, ekonomi negara mencatitkan pertumbuhan sebanyak 9.3 %, yang tertinggi sejak kemerdekaan. Pendapatan per kapita negara turut bertambah, kewangan negara menjadi stabil, beban hutang luar negara dapat dikurangkan, tahap kemiskinan juga berkurang dan peluang pekerjaan bertambah.

    BalasPadam
  31. Negara membangun dengan pesat di sekitar 1991 – 1997 dengan GDP sebanyak 8.5 % sehinggalah berlakunya krisis matawang Asia pada tahun 1997 yang turut menjejaskan prestasi keseluruhan ekonomi negara. GDP jatuh kepada 7.4% pada tahun 1998, inflasi bertambah, nilai matawang ringgit berkurang dan kadar pengangguran meningkat.

    Tetapi, seperti krisis ekonomi tahun-tahun sebelumnya, Malaysia bangun kembali dan berjaya mengatasinya. Penubuhan NEAC pada 7hb Januari 1998 dan perlaksanaan 6 dasar pemulihan yang terkandung di dalam plan NERP yang dilancarkan pada 23hb Julai 1998 telah berjaya mengongkong kesan negatif akibat Krisis tersebut. Malah, kadar pengangguran turun kepada 3.1% pada tahun 2000.

    BalasPadam
  32. Jika kita perhatikan, pendekatan serta pengubahsuaian dalam dasar-dasar ekonomi negara telah berjaya mengharungi resesi dunia tahun 80-an, krisis matawang Asia dalam tahun 90-an, isu SARS dan juga peperangan di Iraq pada awal abad ke-20.

    Dalam erti kata yang lain, kadar pengangguran dapat diminimakan, tidak timbul rasa tidak puas hati serta pemberontakan rakyat terhadap kerajaan yang mentadbir negara dan kita dapat mengembeleng tenaga serta usaha dalam atmosfera yang kondusif dan tenteram. Yang ada cuma suara-suara sumbang parti-parti pembangkang yang sentiasa cemburu dengan kebolehan kerajaan Barisan Nasional.

    Ironinya, tidak ada pun mana-mana ketika, parti pembangkang memberi sumbangan yang signifikan untuk membantu mensejahterakan rakyat dan negara ini. Yang mereka pandai hanyalah mengkritik, itu sahaja.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.