Shahidan (kiri) meneliti kandungan memorandum sambil diperhatikan oleh Dzulkarnain. Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
Shahidan yang mengesahkan perkara itu berkata, faktor kepada pengurangan jumlah bahan kimia itu dilakukan kerana bimbang akan menjejaskan kesihatan rakyat Malaysia.
"Kita menerima pakai apa yg telah ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan jika kita guna melebihi had, ia boleh mengakibatkan masalah kesihatan tertentu.
"Saya akan jelas perkara ini dengan lebih jelas esok," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, hari ini.
Kandungan silver nitrat yang rendah di dalam dakwat kekal dipercayai menjadi punca insiden di mana dakwat itu boleh hilang apabila dibasuh.
Isu dakwat kekal menjadi perbualan hangat pihak pembangkang sehingga mereka mendakwa berlaku penyelewengan di pihak SPR.
Pada sidang media yang sama, Shahidan turut menerima memorandum daripada badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang mahu kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat pergerakan kumpulan Red Bean Army.
Memorandum itu disampaikan oleh Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia, Dzulkarnain Taib mewakili 130 NGO Melayu Islam.
Menurut Shahidan, pihaknya akan meneliti kandungan memorandum itu sebelum membawa ke dalam mesyuarat kabinet Jumaat ini.
"Kita lihat sejauh mana keperluan dan bahayanya kumpulan ini kepada masyarakat sehingga perlu menubuhkan RCI," katanya.
Tindakan pakatan pembangkang yang tidak sudah-sudah membuat pelbagai tuduhan dengan memburukkan pentadbiran kerajaan, kepimpinan Barisan Nasional (BN) serta dasar-dasarnya bukanlah perkara baru malah ia telah berlarutan sejak bertahun-tahun lalu.
BalasPadamAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria melihat agenda pakatan pembangkang adalah memburukkan apa saja yang dilakukan oleh BN apatah lagi agenda mereka untuk menerajui kerajaan Persekutuan tidak tercapai.
BalasPadamKerajaan telah laksanakan macam-macam perkara dan program termasuklah meminda dasar-dasar sedia ada bagi menunjukkan keterbukaan sebagaimana yang rakyat mahukan berlandaskan kepada konsep demokrasi yang turut dilaung-laungkan oleh pakatan pembangkang namun malangnya walaupun program dan dasar yang dilaksanakan berjaya dan mendapat sambutan baik dari rakyat tetapi pembangkang tetap bersikap negatif.
BalasPadamUjar beliau, sememangnya seakan menjadi kebiasaan kepada pembangkang untuk melabelkan apa saja yang dilaksanakan oleh BN sebagai sesuatu yang buruk dengan pelbagai manipulasi dan provokasi bagi untuk mengelirukan rakyat.
BalasPadamPakatan pembangkang telah menerapkan politik kebencian pada rakyat yang dipelopori oleh ketua pembangkang mereka iaitu Anwar Ibrahim dan dengan kegagalan mereka mendapat mandat kerajaan maka ia semakin menjadi-jadi sehingga ibarat ‘gila talak’ untuk menduduki kerusi Perdana Menteri.
BalasPadamPakatan pembangkang mahu menimbulkan kekacauan dan menolak keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu namun yang peliknya mereka hanya mengganggu keputusan di Pusat sedangkan di peringkat negeri tidak pula dikacau, katanya.
BalasPadamJelas beliau, sekiranya pakatan pembangkang dapat menerima keputusan PRU dalam pemilihan di peringkat negeri maka tentunya akan dapat menerima keputusan bahawa BN terus menerajui kerajaan di peringkat Pusat.
BalasPadamKita menggunakan sistem yang sama, dilaksanakan oleh badan yang sama iaitu SPR, proses dan penjumlahan sepanjang berkempen, pengundian dan sehingga tamat semua keputusan diperoleh juga sama namun apabila BN terus menerajui mandat kerajaan negeri kenapa pula dipertikaikan?
BalasPadamPakatan pembangkang tentunya faham berkaitan sistem dan perjalanan pilihan raya negara kita apatah lagi ia telah digunapakai sejak merdeka maka tidak ada sebarang perubahan iaitu masih berpegang kepada demokrasi berparlimen jadi bagaimana pula tiba-tiba undi popular diambil kira?
BalasPadamTegasnya, pakatan pembangkang sengaja menimbulkan kekeliruan bagi mengaburi rakyat dan memburuk-burukkan BN sebagai kerajaan.
BalasPadamKita lihat semasa PRU, pembangkang dulu bersungguh-sungguh mahukan penggunaan dakwat kekal namun apabila ia dilaksanakan maka mereka jugalah yang bersungguh-sungguh menempelak dan menyalahkan proses yang dilaksanakan.
BalasPadamTambah beliau lagi, inilah natijahnya apabila nilai kebencian diserapkan dalam politik yang akan membawa kemusnahan dalam masyarakat sekiranya ia terus menular.
BalasPadamSekiranya pakatan pembangkang gagal mengikut undang-undang yang telah digariskan dalam Perlembagaan, maka mereka boleh keluar dari negara ini dan berhijrah ke mana-mana negara yang sesuai dengan acuan dan pemikiran politik mereka sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini namun jika sebaliknya silalah hormat Perlembagaan Malaysia.
BalasPadampastikan kandungan dakwat kekal benar2 selamat terhdap kesihatan
BalasPadamKesan Ketahanan Dakwat Kekal PRU-13 Bergantung Kepada Individu - Shahidan
BalasPadamSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menubuhkan pasukan untuk menyiasat kemelut dakwat kekal jika terdapat unsur rasuah seperti penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan dalam mendapatkan dakwat itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
BalasPadamPengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, mengesahkan tentang siasatan ini tetapi enggan memberi huraian lanjut, selain berkata: "Spesifikasi (dakwat) juga merupakan satu lagi aspek yang akan diteliti." Difahamkan pasukan itu telah ditubuhkan minggu lepas.
Dakwat kekal digunakan oleh SPR buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu untuk mengelakkan kemungkinan mengundi berulang.
BalasPadamBagaimanapun, SPR menerima pelbagai kecaman daripada parti politik, calon pilihan raya dan para pengundi, apabila dakwat itu begitu mudah untuk dibersihkan.
Baru-baru ini, SPR berdepan tekanan selepas pendedahan di Parlimen mengatakan bahan kimia dalam dakwat tersebut telah diganti dengan pewarna makanan, yang menyebabkan ia mudah dibersihkan.
BalasPadamRabu lalu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Shahidan Kassim, mengakui di Dewan Rakyat bahawa pewarna makanan dan bukannya nitrat perak yang digunakan dalam dakwat kekal. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, juga berhadapan tekanan daripada umum.
Beliau mendakwa menerima surat daripada Kementerian Kesihatan mengatakan kerosakan buah pinggang dan risiko barah berkemungkinan dihadapi oleh pengundi sekiranya dakwat kekal mengandungi nitrat perak melebihi daripada 1 peratus.
BalasPadamSebelum ini, Tan Sri Abdul Aziz juga berkata dakwat itu akan kekal pada jari pengundi selama lima hingga tujuh hari. Beliau turut mendedahkan pembelian dakwat dengan berus itu melibatkan kos sekitar RM6 juta ($2.4 juta
Sehubungan dengan itu, Berita Harian Malaysia (BHM) melaporkan SPR akan memberikan sepenuh kerjasama kepada SPRM apabila siasatan diadakan. "Kami akan memberikan kerjasama kerana kita sangat ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku. Kami hanya terkejut bahawa dakwat itu boleh dibasuh," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
BalasPadam