Editor BULETIN
Pengerusinya, Mohamad Fauzi Abu Samah berkata, Tun Mahathir mesti meletakkan jawatan berdasarkan Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang menyatakan dengan jelas bahawa beliau tidak menepati syarat kelayakan selaku penasihat badan berkanun milik kerajaan itu.
berdasarkan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 di mana menyatakan;
"Sekretariat Royalti Terengganu ® di bawah gabungan badan-badan bukan kerajaan, Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) dengan ini menggesa Tun Dr Mahathir Mohd untuk meletakkan jawatan selaku penasihat petronas berdasarkan kepada perkara 5 Akta Kemajuan Petroleum 1974 di mana menyatakan,
"MajlisPenasihat Petroleum Negara itu ialah suatu majlis yang dinamakan sebagai Majlis Penasihat Petroleum Negara (dan) hendaklah ditubuhkan yang terdiri daripada orang termasuk mereka dari Negeri yang berkaitan yang dilantik oleh Perdana Menteri,"ujar Fauzi menurut kenyataan media pada Khamis 4 Jun.
Oleh itu, menurut beliau, Sekretariat 'R' berharap pihak Kerajaan dan Petronas meneliti semula Akta Kemajuan Petroleum 1974 kerana berdasarkan akta tersebut pelantikan dan pengekalanTun Dr Mahathir adalah melanggar undang-undang dn menyebabkan akta itu 'tdak relevan'.
Beliau juga mendesak kerajaan menubuhkan badan bebas bagi menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya pelantikan Dr. Mahathir bagi memastikan tiada penyelewengan berlaku diatas perlantikan tersebut.
"Justeru itu, kami gesa pihak petronas melantik penasihat yang lebih layak tanpa ada kompromi dari mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan dalam syarikat petronas,"tambah Fauzi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.