Mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes kematian A Kugan, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang Jenayah Majlis Peguam berkata, pengakuan dan pernyataan beramaran tidak diterima lagi di mahkamah sejak lapan tahun lalu.
"Sebabnya banyak aduan di mahmakah dan oleh peguam berhubung cara bagaimana maklumat itu didapatkan," katanya.
"Hasil daripada ini, mahkamah tidak meneruskan amalan membuat pernyataan beramaran dan pengakuan."
Bagaimanapun, dakwa Sithambaran, polis terus menggunakan kaedah deraan untuk mendapatkan maklumat daripada suspek.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan