MALAYSIA KINI
Pemuda
Gerakan Kedah mengancam untuk memfailkan tindakan undang-undang ke atas
kerajaan sekiranya Parlimen meluluskan rang undang-undang yang
membenarkan ibu atau bapa menukar agama anak bawah umur kepada Islam.Ketua pergerakan itu Tan Keng Lian juga berkata Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan perlu dipertahankan pada setiap masa.
“Sekiranya rang undang-undang untuk meminda Seksyen 107(b) Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) diluluskan di Parlimen, Pemuda Gerakan Kedah tidak akan teragak-agak untuk mencabar undang-undang ini kerana ia bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Rang pindaan tersebut menerima tentangan keras, termasuk dari MIC dan MCA, selain dari Majlis Peguam dan Malaysian Consultative Council on Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.